Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sibu perkasa kesiapsiagaan bencana melalui latihan simulasi TTX
  • Tengah
  • WILAYAH

Sibu perkasa kesiapsiagaan bencana melalui latihan simulasi TTX

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEGAWAI Daerah Sibu, Tsong Chow Choon (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Nursyarmilla Jeruis sebagai tanda penghargaan menghadiri Program Table Top Exercise (TTX) Pengurusan Bencana Daerah Sibu.

SIBU: Pendekatan proaktif dalam pengurusan bencana terus diperkasa di Bahagian Sibu menerusi penganjuran Program Table Top Exercise (TTX) Pengurusan Bencana Daerah Sibu yang berlangsung di Dewan MUC, hari ini.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, latihan simulasi berasaskan perbincangan itu menjadi platform penting bagi menguji tahap kesiapsiagaan serta keupayaan respons agensi strategik dalam menghadapi situasi kecemasan.

Menurutnya, TTX bukan sahaja bertujuan meningkatkan kolaborasi antara agensi dan sukarelawan, malah membantu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) serta memperkukuh kefahaman terhadap peranan masing-masing selaras dengan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No.1.

“Persiapan menghadapi bencana tidak boleh bersifat reaktif semata-mata, sebaliknya perlu dirancang secara proaktif, sistematik dan bersepadu melibatkan aspek perancangan, logistik, komunikasi serta koordinasi antara agensi,” katanya.

RAKAMAN gambar kenangan ketika Program Table Top Exercise (TTX) Pengurusan Bencana Daerah Sibu yang berlangsung di Dewan MUC, Sibu hari ini.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca oleh wakilnya Nursyarmilla Jeruis ketika berucap pada program berkenaan yang menghimpunkan pelbagai agensi berkaitan pengurusan bencana di daerah ini.

Sepanjang latihan tersebut, peserta melalui beberapa simulasi senario yang menguji keupayaan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi serta tahap koordinasi antara agensi, sekali gus mencerminkan cabaran sebenar yang berpotensi dihadapi.

Tambahnya, persediaan rapi sebelum berlakunya sesuatu insiden adalah kunci utama dalam meminimumkan risiko kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua agensi supaya terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak pengurusan bencana di peringkat daerah dan bahagian sebagai penyelaras utama.

“Peranan agensi barisan hadapan juga perlu sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan optimum bagi memastikan respons yang pantas dan berkesan dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Abang Mohamad Porkan menegaskan bahawa kesiapsiagaan bencana bukan usaha bermusim, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan menerusi latihan berkala, perkongsian maklumat yang jelas serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sibu, Tsong Chow Choon.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput meriahkan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026
Next: Tarik tali uji kekuatan, semangat berpasukan komuniti rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.