Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Tiada perubahan kriteria dalam i-Sinar
  • BISNES

Tiada perubahan kriteria dalam i-Sinar

Utusan Sarawak 4 years ago

SHAH ALAM, 6 Nov -- Suasana di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika tinjauan menjelang pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar buat masa ini.

Dalam satu kenyataan semalam sebagai merujuk kepada pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar, KWSP berkata ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak berkepentingan.

“KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar,” menurut kenyataan itu.

Menurut KWSP, setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Sehubungan itu, ia menjelaskan, setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian dan untuk pandangan Kementerian Kewangan.

Sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah kategori satu, dijangka akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mudahkan pendaftaran perniagaan
Next: SOPPOA sokong penuh kerajaan tidak berkompromi gaji PATI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.