Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Program Atlet Sihat cipta empat rekod kebangsaan
  • SUKAN

Program Atlet Sihat cipta empat rekod kebangsaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PETUGAS kesihatan menjalankan saringan ke atas atlet sempena Program Atlet Sihat di Bintulu.

BINTULU: Program Atlet Sihat sempena Sukan Olimpik Khas Kebangsaan ke-6 Sarawak 2026 mencatat sejarah tersendiri apabila mencipta empat rekod kebangsaan, sekali gus mengukuhkan kepentingan inisiatif kesihatan dalam temasya sukan inklusif.

Program berkenaan merekodkan jumlah saringan atlet tertinggi di Malaysia iaitu seramai 393 atlet, selain tempoh pelaksanaan paling lama selama tiga hari penuh.

Selain itu, Program Atlet Sihat kali ini turut menampilkan pasukan kesihatan terbesar melibatkan 152 petugas terdiri daripada doktor, jururawat dan ahli terapi, di samping menjadi temasya pertama di Malaysia yang melaksanakan kesemua lapan disiplin saringan kesihatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pencapaian tersebut membuktikan komitmen tinggi Sarawak dalam memastikan atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat akses kepada pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Menurut beliau, pelaksanaan Program Atlet Sihat bukan sekadar pelengkap kepada kejohanan sukan, malah menjadi platform penting untuk mengesan masalah kesihatan yang sebelum ini tidak disedari.

DATO Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Penutupan Sukan Olimpik Khas Malaysia Ke-6 Sarawak 2026 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

“Program ini memberi peluang kepada atlet menjalani saringan kesihatan secara menyeluruh di bawah satu bumbung, termasuk pemeriksaan penglihatan, pendengaran, pergigian, kecergasan serta kesihatan mental.

“Ia juga membantu mengesan penyakit lebih awal supaya rawatan susulan dapat dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih serius,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan ke-6 Sarawak 2026 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Beliau menambah, data yang diperoleh daripada program tersebut turut membuktikan bahawa ramai atlet berdepan isu kesihatan seperti tekanan darah tinggi, masalah pendengaran dan penglihatan tanpa disedari.

Katanya, inisiatif seperti Program Atlet Sihat akan terus diperkasa dan diperluas bukan sahaja ketika temasya sukan berlangsung, malah turut dilaksanakan di peringkat komuniti bagi memastikan lebih ramai individu berkeperluan khas mendapat manfaat.

“Kesihatan adalah asas kepada pemerkasaan atlet. Melalui sukan kita membina keyakinan, tetapi melalui kesihatan kita memastikan mereka mampu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti,” ujarnya.

Program Atlet Sihat merupakan antara komponen utama dalam gerakan Olimpik Khas yang menekankan keseimbangan antara pencapaian sukan dan kesejahteraan kesihatan atlet.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak kuasai boling tenpin, raih 27 emas di Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026
Next: Sarawak muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.