Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Shah Firdaus yakin capai prestasi terbaik sebelum Sukan Asia 2026
  • SUKAN

Shah Firdaus yakin capai prestasi terbaik sebelum Sukan Asia 2026

Utusan Sarawak 8 hours ago
SHAH Firdaus yakin capai prestasi terbaik sebelum Sukan Asia 2026. Foto Bernama

NILAI: Atlet berbasikal trek lelaki negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yakin mampu kembali ke prestasi terbaik menjelang Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun yang dijadualkan bermula September depan.

Pelumba berusia 29 tahun itu optimis peningkatan prestasinya kini berada di landasan tepat selepas berjaya mencatat masa di bawah 10 saat (s) dalam acara pecut individu, yang disifatkannya sebagai petunjuk positif selepas dihimpit masalah kecederaan lutut sepanjang tahun lepas.

Pelumba kelahiran Muar, Johor itu berkata catatan bawah 10s itu, yang kali pertama dilakukannya selepas selesai menjalani proses pembedahan sekitar lima bulan lepas.

“Sekarang bila saya tengok catatan 9.8s, untuk kembali kepada 9.4s yang juga catatan terbaik saya, saya rasa ia boleh dicapai. Dalam masa seminggu, saya sudah dapat kurangkan sekitar 0.2s yang juga satu perkembangan positif.

“Saya juga sudah nampak dan tahu di mana yang perlu diperbaiki, termasuk dari segi pecutan dan aspek lain,” katanya ketika ditemui selepas pusingan kedua perlumbaan pecut individu pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Velodrom Nasional, Nilai di sini hari ini. 

Pada perlumbaan hari ini, Shah Firdaus berjaya mencapai sasaran utamanya untuk melakukan catatan di bawah 10s selepas merekodkan 9.895s pada pusingan kelayakan yang juga masa ke-25 terpantas daripada keseluruhan 54 pelumba.

Beliau kemudiannya tidak berdepan masalah mengatasi Stefano Minuta dari Itali dalam saringan satu pusingan 1/16 sebelum rentaknya terhenti di pusingan 1/8 apabila tewas kepada seorang lagi pelumba Itali Mattia Predomo dalam saringan lapan.

Sementara itu, beliau berkata penggunaan gear berat pada kejohanan kali ini juga tidak mendatangkan kesakitan pada lututnya seperti sebelum ini.

“Setakat ini, dari segi sakit semuanya sudah tiada. Cuma apabila saya beraksi dalam perlumbaan tadi, dapat dilihat penggunaan gear besar itu menyebabkan saya kurang dari segi pecutan,” katanya.

Sebagai rekod, Shah Firdaus yang diberi julukan ‘The Terminator’ mencipta detik kecemerlangan dalam karier apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye pada Mac tahun lepas.

Selain Sukan Asia 2026, Shah Firdaus turut dijadualkan menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland bermula Julai. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arteta bengang isu kad merah, Arsenal kembali rampas takhta
Next: Peranan media bantu tingkat kesedaran Olimpik Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.