Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 38 projek RTP bernilai RM5 juta diluluskan untuk DUN Krian tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

38 projek RTP bernilai RM5 juta diluluskan untuk DUN Krian tahun ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
FRIDAY Belik semasa mengadakan sesi perbincangan dan libat urus bersama agensi pelaksana projek RTP 2026 bagi kawasan DUN Krian di Saratok, semalam. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Sebanyak 38 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan peruntukan keseluruhan RM5 juta diluluskan untuk dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, kelulusan projek berkenaan membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan berterusan dapat dinikmati rakyat di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, projek yang diluluskan merangkumi pelbagai keperluan asas penduduk termasuk pembaikan infrastruktur, kemudahan awam serta kerja menaik taraf kemudahan sedia ada.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sesi perbincangan dan libat urus bersama agensi pelaksana projek RTP 2026 bagi kawasan DUN Krian di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Krian, semalam.

Katanya, sesi berkenaan penting bagi menyelaras pelaksanaan projek agar setiap perancangan dapat berjalan lancar mengikut jadual serta memenuhi keperluan sebenar masyarakat setempat.

ADUN Krian berkata bahawa beliau akan sentiasa memantau perkembangan kesemua projek yang diluluskan agar pelaksanaannya berjalan dengan lancar. Foto: ADUN Krian

Tambah beliau, kerjasama erat antara wakil rakyat dan agensi pelaksana amat diperlukan supaya setiap projek dapat disiapkan dengan berkualiti serta memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Friday berkata, beliau akan terus memantau perkembangan semua projek yang diluluskan agar pelaksanaannya berjalan lancar dan dapat memberi impak positif kepada penduduk di seluruh kawasan DUN Krian.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Pejabat Residen Betong Kato Dorsie, wakil Jabatan Kerja Raya Saratok, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Daerah Saratok serta wakil Pejabat Daerah Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Acara Larian Kaul Mukah 2026 berlangsung meriah, tarik ramai peserta
Next: Bengkel KMKK dan JKKK perkasa kepimpinan komuniti di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.