Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Sebuah lori musnah dalam kebakaran di Miri
  • KEBAKARAN

Sebuah lori musnah dalam kebakaran di Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
MUSNAH…Sebuah lori musnah dalam kebakaran di tepi rumah di Bandar Permai Jaya, Miri, hari ini.

MIRI: Sebuah lori hangus terbakar dalam kejadian di tepi sebuah rumah di Jalan Datuk Permaisuri, Bandar Permai Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 1.41 petang itu, lori berkenaan dilaporkan terbakar keseluruhan, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari jentera.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan keadaan dikawal tanpa melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Tiga kenderaan terbakar di kawasan sekolah, tiada mangsa cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.