Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fadillah gesa dokumentasi sejarah Sarawak dipercepat, elak warisan hilang
  • TEMPATAN

Fadillah gesa dokumentasi sejarah Sarawak dipercepat, elak warisan hilang

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dr. Hazami Jahari menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof sebagai tanda penghargaan menghadiri Majlis Pelancaran Buku “Secebis Kisah Perjuangan Bangsa: Ikhlasnya Pengorbanan Indahnya Kemerdekaan” di sini hari ini.

SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof menggesa usaha lebih agresif digerakkan bagi mendokumentasikan sejarah Sarawak yang masih belum dirakam, sambil memberi amaran bahawa warisan negeri itu berdepan risiko hilang jika terus diabaikan.

Beliau berkata, Sarawak masih ketinggalan berbanding Semenanjung dalam aspek dokumentasi sejarah walaupun memiliki kepelbagaian budaya dan pengalaman komuniti yang kaya.

Menurutnya, pendekatan sedia ada yang cenderung menumpukan kepada sejarah politik perlu diperluas untuk merangkumi aspek kehidupan sosial, budaya, hubungan antara etnik serta pengalaman individu generasi terdahulu.

“Di banyak kawasan di Sarawak, sejarah kita masih belum didokumentasikan dengan baik. Kita mempunyai kisah perjuangan, warisan budaya dan kehidupan masyarakat yang perlu direkodkan,” katanya ketika berucap pada pada Majlis Pelancaran Buku “Secebis Kisah Perjuangan Bangsa: Ikhlasnya Pengorbanan Indahnya Kemerdekaan” di sebuah hotel di sini hari ini.

Fadillah turut menekankan kepentingan merakam sejarah lisan, khususnya daripada golongan warga emas yang masih menyimpan memori berharga berkaitan perkembangan komuniti dan peristiwa penting.

Beliau berkata, dalam konteks masyarakat majmuk Sarawak, usaha memelihara memori kolektif adalah penting untuk memperkukuh identiti negeri dan kefahaman generasi muda terhadap asas perpaduan.

“Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum yang telah lama wujud bersama. Sejarah bersama ini perlu dipelihara supaya generasi muda memahami bagaimana perpaduan itu terbentuk,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa kegagalan memahami sejarah boleh menyebabkan kesilapan lalu berulang.

Fadillah turut menggesa kerjasama lebih erat antara persatuan kebudayaan, badan graduan, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi dalam menjalankan penyelidikan serta mengumpul bahan arkib.

Katanya, usaha itu perlu merangkumi dokumentasi kepimpinan komuniti, amalan tradisi, pembangunan awal serta pencapaian sosio-politik yang masih kurang diterokai dalam penulisan akademik.

Beliau berharap lebih banyak penerbitan, kompilasi sejarah lisan dan dokumentasi berasaskan penyelidikan dapat dihasilkan bagi memperkukuh rekod warisan Sarawak.

“Sejarah kita harus menjadi sumber kekuatan untuk membina Sarawak dan Malaysia yang lebih kukuh. Saya berharap lebih ramai akan tampil merakam kisah kita,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pendekatan baharu diperlukan tangani kekurangan murid sekolah luar bandar
Next: Buku kisah perjuangan lama dilancar, Fadillah tekankan mesej untuk generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.