Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sektor swasta digalak amal BDR, model hibrid
  • NASIONAL

Sektor swasta digalak amal BDR, model hibrid

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKTOR swasta digalak amal BDR, model hibrid. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Syarikat swasta perlu mempertimbangkan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dan model hibrid sebagai langkah segera menangani peningkatan kos sara hidup dan subsidi bahan api.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, kerajaan menggalakkan majikan, khususnya dalam sektor swasta untuk mengamalkan pendekatan berkenaan mengikut kesesuaian dengan keperluan operasi masing-masing.

“Jika dilihat sekarang, banyak syarikat gergasi dan multinasional telah mengamalkan praktis ini, begitu juga kebanyakan institusi perbankan. Jadi kita harap lebih banyak syarikat swasta dapat mengikut saranan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Vetri MADANI di sini hari ini.

Beliau berkata, peningkatan ketara dalam kos subsidi petrol yang kini mencecah hampir RM4 bilion sebulan berbanding sekitar RM700 juta sebelum ini menuntut langkah seperti itu diambil bagi menjaga kepentingan rakyat.

Mengulas sama ada kerajaan akan menyediakan insentif kepada syarikat untuk melaksanakan BDR, beliau berkata perkara itu sedang dipertimbangkan, namun memerlukan sedikit masa sebelum sebarang keputusan dibuat. 

“Buat masa ini, kita berada dalam situasi krisis global dan keutamaan adalah memastikan perbelanjaan dibuat secara berhemat. Kerajaan juga sedang berusaha melakukan penjimatan sebaik mungkin,” katanya.

Menyentuh mengenai Karnival Vetri MADANI, beliau berkata penganjuran program itu bertujuan meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran, khususnya dalam kalangan komuniti India di negara ini.

Beliau berkata, program berkenaan menyediakan pelbagai inisiatif termasuk latihan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dan jentera, peluang pekerjaan serta akses kepada maklumat berkaitan bantuan dan program kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Peluang ini dibuka kepada 2,000 peserta tanpa mengira latar belakang. Orang ramai digesa merebut peluang ini dan mendaftar menerusi laman web www.hrdcorp.gov.my,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PM Anwar mahu JPJ tingkat profesionalisme, tegas dalam penguatkuasaan
Next: JPJ perkenal aplikasi pintar MyJPJ versi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.