Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SIPR berpotensi jadi identiti sukan antarabangsa Sibu
  • SUKAN

SIPR berpotensi jadi identiti sukan antarabangsa Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
RESIDEN Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman menyampaikan cenderahati kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai tanda penghargaan menghadiri program tersebut.

SIBU: Penganjuran Perlumbaan Bot Berkuasa Antarabangsa Sibu (SIPR) berpotensi besar untuk diangkat sebagai sukan khusus utama sekali gus menjadi identiti baharu bagi bandar Sibu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sibu sememangnya telah dikenali dengan pelbagai acara kebudayaan bertaraf antarabangsa seperti Festival Kebudayaan Borneo (BCF) dan Festival Tarian Antarabangsa, namun dari sudut sukan, perlumbaan bot berkuasa mempunyai potensi besar untuk diketengahkan ke peringkat global.

Menurut beliau, sekiranya acara seperti Perlumbaan Bot Berkuasa Antarabangsa Sibu dan Bot Kawalan Jauh Antarabangsa dapat dianjurkan secara konsisten setiap tahun, ia boleh dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak.

MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah (duduk tiga dari kanan) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis perasmian Perlumbaan Bot Berkuasa Antarabangsa Sibu (SIPR) 2026 di Pulau Li Hua hari ini.

“Langkah ini akan memudahkan penyertaan peserta antarabangsa kerana mereka boleh merancang lebih awal, sekali gus membantu meningkatkan profil Sibu di mata dunia,” katanya ketika berucap merasmikan program SIPR 2026 di Pulau Li Hua hari ini.

Beliau menambah, penganjuran acara berimpak tinggi seperti itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangunan sukan, malah turut merancakkan ekonomi tempatan.

“Kehadiran pelawat dari luar akan memberi limpahan kepada sektor keusahawanan, perhotelan, makanan, pengangkutan serta industri pelancongan secara keseluruhannya,” ujarnya.

PARA peserta Perlumbaan Bot Berkuasa Antarabangsa Sibu (SIPR).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan penyertaan bagi edisi kali ini amat memberangsangkan apabila mencecah lebih 250 buah bot berkuasa.

Katanya, jumlah tersebut merupakan satu pencapaian luar biasa dan telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai antara penyertaan terbesar bagi acara seumpamanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kelebihan Sibu dari segi lokasi, khususnya Sungai Rajang yang luas dan sesuai, menjadi faktor penting dalam menjayakan penganjuran acara berkenaan selain sokongan padu masyarakat setempat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan Olimpik Khas 2026 jadi tapak lahirkan pelapis paralimpik ping pong 
Next: Stuttgart tewaskan Freiburg selepas masa tambahan, mara ke final Piala Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.