Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ungu kekal relevan selepas 3 dekad, rai perjalanan menerusi Konsert Istimewa di KL
  • HIBURAN

Ungu kekal relevan selepas 3 dekad, rai perjalanan menerusi Konsert Istimewa di KL

Utusan Sarawak 12 hours ago
VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 46 (tiga kanan), bergambar pada sidang media mengenai Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur di Canezion IOI Resort, baru-baru ini. Selepas tiga dekad mewarnai industri muzik serantau, kumpulan popular Indonesia, Ungu, bakal meraikan perjalanan seni mereka menerusi “Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 5 Sept depan. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Selepas tiga dekad mencipta nama dalam industri muzik serantau, kumpulan popular Indonesia, Ungu bakal meraikan perjalanan seni mereka menerusi “Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 5 September depan.

Konsert istimewa itu dijangka mengubat kerinduan peminat serta penghargaan kepada mereka  yang terus menyokong kumpulan tersebut sejak penubuhannya pada 1996, selain menampilkan perjalanan muzik Ungu hingga kini.

VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 46 (tiga kanan), bergambar pada sidang media mengenai Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur di Canezion IOI Resort, baru-baru ini. Selepas tiga dekad mewarnai industri muzik serantau, kumpulan popular Indonesia, Ungu, bakal meraikan perjalanan seni mereka menerusi “Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 5 Sept depan. Foto BERNAMA

Dianggotai Pasha, Enda, Oncy, Makki dan Rowman, Ungu kekal relevan meskipun setiap anggota kini mempunyai komitmen berbeza termasuk dalam bidang politik, produksi dan perniagaan.

Mewakili kumpulan itu, pemain gitar Enda, 50, berkata kekuatan utama mereka ialah pada prinsip  meletakkan kumpulan sebagai keutamaan, walaupun setiap anggota kini mempunyai haluan kerjaya berbeza, selain membantu mereka menangani perbezaan pendapat sepanjang tiga dekad bersama.

“Kalau dipanggil, semua akan hentikan kerja lain. Ini ‘api utama’. Tanpa itu, perkara lain tidak akan hidup.

“Biasalah, masalah akan selalu ada, tapi kami berlima sentiasa duduk bersama untuk selesaikan. Prinsip kami, boleh bergaduh, tapi jangan bubar,” katanya pada sidang media konsert berkenaan, di sini semalam.

Sementara itu, vokalisnya Pasha, atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 46, pula menyifatkan Ungu sebagai sebuah “rumah” yang sentiasa menjadi tempat kembali bagi setiap anggota.

VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 46, bercakap pada sidang media mengenai Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur di Canezion IOI Resort, baru-baru ini. Selepas tiga dekad mewarnai industri muzik serantau, kumpulan popular Indonesia, Ungu, bakal meraikan perjalanan seni mereka menerusi “Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 5 Sept depan. Foto BERNAMA

“Walaupun kami sibuk dengan hal masing-masing, bila dipanggil, semua akan kembali. Itu yang buat kami masih kuat sampai hari ini,” katanya.

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia daripada Fraksi Partai Amanat Nasional ini berkata semangat kebersamaan itu turut diperkukuh dengan disiplin dalam berkarya, termasuk memastikan mereka terus menghasilkan lagu baharu secara konsisten.

“Paling tidak, setiap tahun kami usahakan untuk ada karya, termasuk lagu religi yang memang sudah jadi tradisi kami,” katanya.

Mengulas pemilihan lagu untuk konsert berkenaan, Pasha berkata senarai lagu yang bakal dipersembahkan tidak hanya bergantung pada populariti di platform digital, tetapi turut mengambil kira reaksi sebenar peminat ketika persembahan secara langsung.

“Ada lagu yang tontonan tinggi di YouTube, tapi bila dibawa ke konsert, penonton tidak menyanyi. Sebaliknya ada lagu biasa, tapi bila dimainkan, semua ikut nyanyi,” katanya.

Pemain bass Makki, atau nama sebenarnya Makki Omar Parikesit, 54, berkata konsert istimewa itu akan disusun sebagai refleksi perjalanan muzik mereka sejak awal penubuhan hingga ke karya terbaharu.

“Kami mahu repertoir ini benar-benar mewakili perjalanan dari awal sampai hari ini, selain memberi pendekatan baharu dari segi susunan muzik dan konsep persembahan,” katanya.

VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 46 (dua kanan), bercakap pada sidang media mengenai Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur di Canezion IOI Resort, baru-baru ini. Selepas tiga dekad mewarnai industri muzik serantau, kumpulan popular Indonesia, Ungu, bakal meraikan perjalanan seni mereka menerusi “Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 5 Sept depan. Foto BERNAMA

Sementara itu, penganjur konsert, Zairul Addry Helmy daripada COMs Creative Studio, optimis konsert tersebut mampu mencatat jualan tiket memberangsangkan meskipun berdepan cabaran semasa termasuk krisis bekalan global.

Beliau berkata Ungu mempunyai peminat setia di Malaysia, sekali gus meningkatkan keyakinan bahawa tiket konsert tersebut berpotensi habis terjual.

“Insya-Allah, saya rasa kesannya tidak begitu ketara. Walaupun krisis itu wujud, untuk menikmati muzik dan berhibur, masyarakat tetap akan datang,” katanya, menambah jualan tiket dijangka bermula pada 27 April ini, tawaran ‘Early Bird’ sebelum jualan umum dibuka.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kes pembunuhan remaja: D4vd didakwa, dedah bukti baharu ditemui
Next: Atilia Haron tampil Dimanakah Kamu Sore Ini?, balada pop penuh emosi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.