Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Affin Bank perkasa segmen pengurusan kekayaan melalui pengambilalihan Pheim AM
  • BISNES

Affin Bank perkasa segmen pengurusan kekayaan melalui pengambilalihan Pheim AM

Utusan Sarawak 14 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.

KUALA LUMPUR: Affin Bank Berhad terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen pengurusan kekayaan menerusi pengambilalihan penuh Pheim Asset Management Sdn. Bhd. (Pheim AM) bernilai RM50 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, langkah strategik itu menandakan usaha berterusan bank dalam memperluas penawaran produk pelaburan serta meningkatkan sumber pendapatan berasaskan fi.

“Penyempurnaan pengambilalihan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh platform pengurusan kekayaan Affin Bank.

“Seiring dengan usaha bank memperluas kehadiran dalam pendapatan berasaskan fi dan penyelesaian pelaburan, langkah ini meningkatkan keupayaan kami untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih bersepadu dan berskala kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, fokus utama kini adalah untuk memastikan proses integrasi berjalan lancar tanpa menjejaskan kesinambungan perkhidmatan kepada pelanggan.

MENARA AFFIN TRX.

“Pheim AM membawa kepakaran pelaburan yang kukuh serta rekod prestasi lebih 32 tahun, dan penyertaannya dalam kumpulan ini akan menyokong penyediaan penyelesaian pengurusan portfolio yang lebih tersuai.

Langkah ini juga membolehkan kami meluaskan capaian pelanggan serta menawarkan pilihan pelaburan yang lebih pelbagai,” jelasnya.

Ditubuhkan pada 1993, Pheim AM terlibat dalam aktiviti pengurusan aset, manakala anak syarikatnya, Pheim Islamic Asset Management Sdn. Bhd. dan Pheim Unit Trusts Berhad, masing-masing menyediakan perkhidmatan pengurusan aset Islamik dan unit amanah.

Sehingga 31 Mac 2026, kumpulan Pheim AM menguruskan kira-kira RM832.8 juta aset di bawah pengurusan dan khidmat nasihat, merangkumi pelanggan institusi, korporat serta runcit.

Susulan pengambilalihan itu, Pheim AM akan beroperasi sebagai anak syarikat milik penuh Affin Bank, sekali gus mengukuhkan keupayaan bank dalam menawarkan rangkaian perkhidmatan yang merangkumi perbankan, pelaburan dan pengurusan kekayaan.

Langkah itu juga selaras dengan pelan strategik AX28 Affin yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan unggul, kepimpinan digital serta amalan perbankan bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan daya saing dalam landskap perkhidmatan kewangan negara.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga diesel Sabah Sarawak kekal RM2.15, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen
Next: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar berikutan rundingan AS-Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.