Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Jualan Rahmah MADANI kembali, Bintulu tawar harga runtuh hujung April
  • Tengah
  • WILAYAH

Kempen Jualan Rahmah MADANI kembali, Bintulu tawar harga runtuh hujung April

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANTARA barangan keperluan asas yang ditawarkan pada harga yang lebih murah menerusi Kempen Jualan Rahmah MADANI (PJRM) anjuran KPDN. Foto: KPDN Bintulu

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Pejabat KPDN Bintulu akan menganjurkan Kempen Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan.

Program tersebut dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 April 2026 bertempat di Emart Bintulu Sdn Bhd, bermula 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang, tertakluk kepada ketersediaan stok semasa.

Menurut kenyataan penganjur, kempen ini merupakan antara inisiatif kerajaan dalam usaha menangani peningkatan kos sara hidup dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

“Orang ramai khususnya penduduk sekitar Bintulu dialu-alukan hadir dan memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan barangan asas dengan harga yang lebih menjimatkan,” menurut kenyataan itu.

POSTER galakkan orang ramai untuk membawa beg sendiri untuk pembelian sepanjang program berkenaan berlangsung. Foto: KPDN Bintulu

Dalam pada itu, pengunjung turut digalakkan membawa beg sendiri sepanjang program berlangsung. Langkah ini selaras dengan usaha mengurangkan penggunaan beg plastik sekali gus menyokong amalan mesra alam serta kelestarian persekitaran.

Pihak penganjur turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan masyarakat dalam menjayakan program seumpama ini, yang bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.

Orang ramai disaran agar tidak melepaskan peluang untuk hadir dan menikmati tawaran istimewa yang disediakan sepanjang Kempen Jualan Rahmah MADANI berlangsung.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jawatan KMKK amanah besar bukan keistimewaan – ADUN Kabong
Next: Chong tekankan pematuhan ketat keselamatan bas sekolah percuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.