Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ismail Merikan dipilih Pengerusi PEKA sesi 2026 hingga 2028
  • Tengah
  • WILAYAH

Ismail Merikan dipilih Pengerusi PEKA sesi 2026 hingga 2028

Utusan Sarawak 13 hours ago
ISMAIL Merikan dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Pesara Kabong (PEKA) bagi sesi 2026 hingga 2028. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Ismail Merikan dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Pesara Kabong (PEKA) bagi sesi 2026 hingga 2028 pada Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa persatuan itu yang berlangsung di Ruang Legar Masjid Assabirin, semalam.

Pemilihan itu menyaksikan barisan kepimpinan baharu PEKA diberi mandat untuk menerajui persatuan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Turut dipilih ialah Iman Joni sebagai Timbalan Pengerusi, Ghazali Mat Daud sebagai Setiausaha dan Maimunah Jali sebagai Penolong Setiausaha.

Selain itu, Taib Ilin dilantik sebagai Bendahari manakala Ahmad @ Johar Bidin dipilih sebagai Penolong Bendahari.

Majlis perasmian mesyuarat berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada PEKA atas jemputan serta komitmen berterusan persatuan itu dalam menjaga kebajikan golongan pesara di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, golongan pesara merupakan kelompok masyarakat yang kaya pengalaman serta mempunyai pengetahuan luas hasil sumbangan mereka dalam perkhidmatan sebelum ini.

MESYUARAT Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa persatuan itu yang berlangsung di Ruang Legar Masjid Assabirin, semalam.
Foto: ADUN Kabong

Katanya, pesara di kawasan Kabong juga masih aktif, sihat dan terus menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau menegaskan bahawa persaraan bukan bermaksud berhenti berbakti, sebaliknya hanya menamatkan tugas rasmi di pejabat, namun khidmat kepada masyarakat masih boleh diteruskan.

Chee Kadir berkata, pengalaman para pesara amat bernilai kerana golongan muda memerlukan nasihat, masyarakat memerlukan pandangan dan penduduk kampung memerlukan bimbingan mereka.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan permohonan PEKA bagi mendapatkan peruntukan untuk tujuan ibadah korban tahun 2026 telah diluluskan sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti persatuan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada pimpinan Jawatankuasa PEKA sesi 2024 hingga 2026 atas jasa serta komitmen mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Miri terima sokongan tambahan hadapi kebakaran belukar meningkat
Next: APM musnahkan dua sarang tebuan di kebun sawit Jalan Suri, Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.