Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya katak 15 kg terperangkap dalam bubu ikan
  • Tengah
  • WILAYAH

Buaya katak 15 kg terperangkap dalam bubu ikan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG penduduk di kawasan Sungai Pasa dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya di dalam bubu ikan miliknya pagi tadi. Foto: APM Betong

BETONG: Seorang penduduk di kawasan Sungai Pasa di sini berdepan detik cemas apabila mendapati haiwan yang terperangkap di dalam bubu ikannya bukan hasil tangkapan biasa, sebaliknya seekor buaya katak.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong, reptilia itu dipercayai tersilap masuk ke dalam perangkap ikan berkenaan sebelum gagal melepaskan diri.

APM menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung pada 8.21 pagi berhubung kejadian tersebut. Susulan itu, seramai lima anggota APM dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap haiwan berkenaan.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan penyelamat mendapati buaya tersebut masih berada di dalam bubu milik pengadu.

Anggota kemudiannya menggunakan teknik menjerut bagi memastikan proses penangkapan dapat dilakukan dengan selamat dan terkawal.

SEORANG penduduk di kawasan Sungai Pasa dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya di dalam bubu ikan miliknya pagi tadi. Foto: APM Betong

Menurut APM, buaya itu tidak menunjukkan sifat agresif sepanjang operasi dijalankan. Pemeriksaan mendapati reptilia berkenaan dianggarkan sepanjang 1.52 meter dengan berat kira-kira 15 kilogram.

Selepas berjaya ditangkap, haiwan tersebut dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Betong untuk tujuan dokumentasi. Buaya itu kemudiannya akan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh daripada kawasan penempatan penduduk.

Dalam pada itu, APM menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada ketika memeriksa bubu atau peralatan menangkap ikan.

Penduduk juga diminta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terserempak dengan haiwan liar yang boleh mengancam keselamatan

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Penduduk terjejas bencana di Limbang diminta salur maklumat kepada JPBD
Next: Bomba Miri terima sokongan tambahan hadapi kebakaran belukar meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.