Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seleweng RM230 juta: SPRM sahkan dana sumbangan awam, bukan zakat
  • JENAYAH

Seleweng RM230 juta: SPRM sahkan dana sumbangan awam, bukan zakat

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kes penyelewengan berjumlah kira-kira RM230 juta melibatkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak membabitkan sumber dana zakat sebaliknya hasil sumbangan orang awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan terkini mendapati NGO terbabit menerima dana sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumber termasuklah komisen yang diperoleh daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

“Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azam berkata pihaknya sedang memperluas skop siasatan bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap proses semakan serta siasatan yang dijalankan selaras dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

Terdahulu, dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO direman empat hari hingga 25 April ini bagi membantu siasatan kes berkenaan

Perintah reman terhadap kedua-dua individu tersebut dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Semalam, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki menyeleweng dana NGO yang berjumlah kira-kira RM230 juta.- Bernama

Continue Reading

Previous: Nilai rampasan cecah RM1.96 juta, JKDM gempur gudang seludup minuman keras dan rokok tidak bercukai di Bintulu
Next: Polis tumpas sindiket kontraban, rampas rokok dan arak di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.