Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • UPMS lancar program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui, sokong agenda Tenaga Hijau Sarawak
  • PENDIDIKAN

UPMS lancar program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui, sokong agenda Tenaga Hijau Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR kenangan bersama pihak FKPS dalam acara Penerimaan Kohort Pertama Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui semalam di UPMS. Foto: UKAS

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mencatat satu lagi pencapaian penting apabila buat julung kalinya melaksanakan pengambilan pelajar bagi program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui, sekali gus memperkukuh usaha melahirkan tenaga mahir dalam sektor tenaga hijau di Sarawak.

Kumpulan pertama pelajar yang memulakan pengajian pada Semester 2 Sesi Akademik 2025/2026 dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperkasakan bidang tenaga alternatif, selaras dengan keperluan semasa negeri yang semakin menumpukan perhatian kepada sumber tenaga bersih.

Pelaksanaan program ini turut menyokong hala tuju kerajaan negeri dalam mengembangkan ekonomi berasaskan hidrogen serta mencapai matlamat di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), khususnya dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Menurut Dekan Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains (FKPS), Prof Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin, pengenalan program tersebut mencerminkan kesediaan universiti untuk meneroka bidang baharu yang berpotensi tinggi serta memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan negeri.

Beliau berkata, fakulti berkenaan komited memperluas peranannya sebagai hab akademik dan penyelidikan dalam bidang tenaga lestari, selaras dengan perkembangan global yang semakin menekankan penggunaan tenaga mesra alam.

Dalam masa sama, pihak pengurusan fakulti melihat program ini sebagai platform penting untuk menghubungkan penyelidikan dengan keperluan industri, selain membuka peluang kerjasama strategik yang mampu menarik pelaburan.

Penerimaan kohort pertama ini juga menjadi penanda kepada peranan UPMS yang semakin relevan dalam menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Sarawak melalui pendidikan berkualiti dan penyelidikan berimpak tinggi.

UPMS dijangka akan membuka permohonan bagi pengambilan seterusnya pada Oktober ini. Orang ramai yang berminat digalakkan untuk berhubung terus dengan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Sarawak bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPT perkukuh penyelarasan dasar pendidikan tinggi dengan kerajaan negeri
Next: Majlis Anugerah Pengarah saring bakat mahasiswa wakili UPMS ke peringkat lebih tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.