Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Malam penghormatan buat Sharifah Aini di DFP 6 Jun ini
  • HIBURAN

Malam penghormatan buat Sharifah Aini di DFP 6 Jun ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
MALAM penghormatan buat Sharifah Aini di DFP 6 Jun ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal menghidupkan kembali lagu-lagu dendangan Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi konsert A Tribute to Sharifah Aini pada 6 Jun depan di Dewan Filharmonik Petronas.

MPO dalam satu kenyataan hari ini berkata, konsert itu dianjurkan sebagai penghargaan terhadap legasi seni Biduanita Negara berkenaan yang disifatkannya sebagai satu institusi muzik tersendiri.

Katanya, meskipun Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah pada 2014, keunggulan vokal serta perjalanan kerjayanya beliau yang luar biasa terus menjadi rujukan penting dalam industri muzik tanah air.

Penyanyi yang pernah digelar ‘anak emas EMI’ itu mencipta sejarah tersendiri apabila jualan albumnya mencecah tahap Emas dan Platinum, selain merakamkan sekitar 700 buah lagu dengan lebih 100 album sepanjang kerjayanya.

Konsert yang akan dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose itu menjanjikan pelbagai dimensi seni Allahyarham, merangkumi genre pop, balada, tradisional hingga lagu Inggeris.

Malam itu juga bakal diserikan dengan penampilan Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar dan Shiha Zikir yang akan mempersembahkan lagu-lagu malar segar termasuk Hapuslah Airmatamu, Kenang Daku Dalam Doamu serta Seri Dewi Malam.

Kesemua karya itu diberi nafas baharu menerusi gubahan khas komposer tempatan seperti Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri dan Luqman Aziz, sekali gus mengangkat semula karya-karya ikonik tersebut dalam susunan orkestra yang lebih segar dan menyentuh jiwa. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: D4vd didakwa bunuh teman wanita remaja, sorok mayat dalam Tesla
Next: Barisan pelakon “The Devil Wears Prada 2”  kembali gegar karpet merah di New York

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.