Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sektor pertanian di Sarawak bakal melalui transformasi melalui penggunaan teknologi analitik satelit Radar Bukaan Sintetik (SAR)
  • TEMPATAN

Sektor pertanian di Sarawak bakal melalui transformasi melalui penggunaan teknologi analitik satelit Radar Bukaan Sintetik (SAR)

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADAPTASI TEKNOLOGI…Dr Abdul Rahman ketika mesyuarat bersama pemain teknologi moden tempatan dan Jepun untuk memajukan industri pertanian di Sarawak.  

LAWAS: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, telah mempengerusikan mesyuarat bersama Terra Vision Systems Sdn. Bhd. (TVSSB) di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, hari ini.

TVSSB ialah sebuah syarikat tempatan yang bekerjasama secara strategik dengan Space Shift, sebuah syarikat terkemuka dari Jepun dalam analisis data satelit berasaskan kecerdasan buatan (AI). Kini, syarikat tersebut berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi melaksanakan transformasi digital dalam sektor pertanian.

Dr Abdul Rahman menjelaskan bahawa penggunaan teknologi analitik satelit Radar Bukaan Sintetik (SAR) akan digunakan untuk memantau status pertumbuhan tanaman, menentukan masa penuaian serta meramalkan hasil.

Sehubungan itu, beliau yakin usaha ini akan membuka lebih banyak ruang untuk penglibatan dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan, sekali gus meningkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi moden.

Inisiatif ini melibatkan keseluruhan rantaian, bermula dari peringkat awal penanaman hingga peramalan hasil tuaian, sekali gus memudahkan perancangan oleh petani dan pihak yang terlibat dalam sektor ini.

Hadir sama Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan M-FICORD Knot Atok, Ketua Unit Transformasi Pertanian M-FICORD Gavin Aloysius Dom, Penolong Setiausaha Seksyen Pengkomersialan dan Pelaburan M-FICORD Syarifah Siti Noor Faizah Wan Wahap, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan DOA Sarawak Stonton Morse Jerry Rumpang, Maximilian Tai, Pengarah TVSSB Mohd Imran Abd Rahman, Mohd Nazmi Aizuddin Tengah, Penasihat TVSSB Law Che Ong, serta pihak pengurusan TVSSB yang lain.

 Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak siasat kemalangan babit lori pengadun simen di Sibu
Next: Program Sistem Pesanan Kerjaya bantu pelajar dapat kerja sebenar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.