Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar umum kemudahan khas RM5 bilion untuk PMKS
  • NASIONAL

PM Anwar umum kemudahan khas RM5 bilion untuk PMKS

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bercakap pada sidang media sesi meja bulat bersama institusi kewangan di Sasana Kijang hari ini. Turut sama Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican (kanan). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan khas berjumlah RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan impak krisis Asia Barat.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perincian kemudahan khas itu di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kemudahan ini melengkapi tambahan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diumumkan sebelum ini khusus untuk menyokong PMKS terjejas.

“(Kemudahan) ini untuk membantu memacu pertumbuhan dan sebagai pemangkin kepada syarikat yang memerlukan.

“Bantuan ini mesti melibatkan syarikat yang lebih kecil dan kelompok pertanian, pekebun kecil, nelayan serta penjaja yang mengendalikan warung dan restoran kecil,” kata beliau pada sidang media selepas sesi meja bulat bersama 20 wakil institusi kewangan di sini hari ini.

Turut hadir Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Semalam, Anwar mengumumkan peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah SJPP bagi meringankan tekanan PMKS susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat.

Peruntukan itu bagi menyokong PMKS terjejas termasuk pembinaan, pertanian dan agri-makanan, logistik dan pengangkutan serta pelancongan melalui liputan pembiayaan sehingga 80 peratus daripada 70 peratus sebelum ini dan tempoh jaminan sehingga 10 tahun berbanding tujuh tahun.

Skim SJPP terus menjadi antara instrumen utama kerajaan dalam menyokong kelangsungan PMKS, dengan lebih 50,000 PMKS telah dibantu melalui  jaminan pembiayaan melebihi RM50 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Terdahulu, kerajaan melaksanakan pelonggaran e-invois dengan tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan bagi pelaksanaan e-Invois Fasa 4 sehingga 31 Dis 2027 untuk perniagaan dengan jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta, termasuk kebenaran mengeluarkan e-invois disatukan tanpa penalti dalam tempoh itu.

Kerajaan turut mempertimbangkan secara interim terhadap pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan semula barangan buatan Malaysia yang tidak dapat melengkapkan proses eksport akibat gangguan konflik sehingga 31 Disember ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan jamin tiada dasar subsidi mengejut, lindungi rakyat berpandukan data – Fadillah
Next: Malaysia sasar capai kapasiti 32 peratus TBB terpasang tahun ini – TPM Fadillah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.