Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pekerja di Sarawak dapat cuti gantian 3 dan 4 Jun 2026 susulan pertindihan cuti umum
  • SEMASA

Pekerja di Sarawak dapat cuti gantian 3 dan 4 Jun 2026 susulan pertindihan cuti umum

Utusan Sarawak 12 hours ago
KENYATAAN media cuti ganti.

KUCHING: Pertindihan beberapa hari kelepasan am pada 2026 menyaksikan 3 dan 4 Jun ditetapkan sebagai cuti gantian bagi pekerja di Sarawak, menurut Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Menurut kenyataan itu, Hari Wesak yang jatuh pada 31 Mei bertindih dengan rangkaian cuti lain termasuk Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong serta Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun.

“Bagi pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sarawak), hari bekerja berikutnya iaitu 3 Jun hendaklah dijadikan cuti gantian bagi Hari Wesak sekiranya ia jatuh pada hari rehat.

“Sementara 4 Jun pula merupakan cuti gantian bagi Hari Gawai pertama yang bertindih dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah kenyataan itu, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan cuti wajib yang tidak boleh digantikan, manakala Hari Wesak serta Hari Gawai tertakluk kepada kelayakan berdasarkan agama dan budaya pekerja.

Dalam pada itu, tarikh cuti gantian boleh dipinda melalui persetujuan antara majikan dan pekerja.

Sebagai rekod, pekerja yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am atau cuti gantian berkenaan layak menerima bayaran mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak).

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kempen Internet Selamat perkasa pelajar IPT depani ancaman siber, penipuan digital
Next: Gelombang pertama tsunami landa pesisir pantai Wilayah Iwate Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.