Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pertahanan awam Nigeria bongkar kilang bayi di Lagos, 28 diselamatkan
  • GLOBAL

Pertahanan awam Nigeria bongkar kilang bayi di Lagos, 28 diselamatkan

Utusan Sarawak 5 hours ago
EJEN NSCDC memecah masuk sebuah kilang bayi di Lagos, menyelamatkan 18 wanita hamil dan 10 kanak-kanak.

ISTANBUL: Agensi pertahanan awam Nigeria membongkar sebuah “kilang bayi” di Lagos, menyelamatkan puluhan mangsa dan menahan dua suspek, kata pegawai pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Operasi yang dijalankan lewat Rabu hingga awal Khamis oleh Kor Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria (NSCDC) di kawasan Badagry di Lagos itu menyelamatkan 18 wanita hamil dan 10 kanak-kanak.

Menurut pihak berkuasa, mangsa berusia antara 18 dan 30 tahun diperdaya menerusi tawaran yang diedarkan di Facebook dengan janji pampasan kewangan.

Menurut Komandan NSCDC Lagos, Adedotun Keshinro, pengendali kemudahan itu didakwa mengatur supaya wanita bersalin dan kemudian menjual bayi yang baru lahir.

“Mereka mengendalikan kilang bayi di mana mangsa dihamilkan. Apabila bayi itu dilahirkan, mereka dijual,” kata Keshinro kepada pemberita.

Beliau berkata para wanita berkenaan dijanjikan bayaran antara 500,000 naira hingga 1.8 juta naira (AS$300 hingga AS$1,100).

Dua suspek, dikenali sebagai Joy Okeke dan Raphael Agwu, ditahan di suatu lokasi di Okuju, Ilado.

Keshinro berkata seorang daripada wanita yang diselamatkan telah mengalami keguguran manakala 17 sedang mengandung.

Sebahagian daripada mangsa juga ditemui dengan bayi yang sudah disediakan untuk dijual, tambahnya.

Menyifatkan operasi itu sebagai hasil pengumpulan risikan selama tiga minggu, Keshinro menggelar kes itu sebagai “jenayah berat terhadap kemanusiaan”.

Beliau berkata suspek akan diserahkan kepada polis untuk pendakwaan manakala mangsa akan dipindahkan ke Agensi Kebangsaan bagi Larangan Pemerdagangan Orang untuk penjagaan dan pemulihan.

Barangan yang diperoleh daripada kemudahan itu termasuk penjana, silinder gas, produk penjagaan bayi, telefon dan bekalan makanan.

Salah seorang suspek mendakwa operasi itu melibatkan mengatur pengambilan anak angkat namun enggan memberikan butiran tanpa representasi undang-undang. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa Nagano di Jepun
Next: Thailand gesa waspada, kes melioidosis meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.