Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan sedia pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi lebih meruncing – PM Anwar
  • NASIONAL

Kerajaan sedia pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi lebih meruncing – PM Anwar

Utusan Sarawak 10 hours ago
PM Anwar beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya. Foto: Bernama

CYBERJAYA: Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih meruncing susulan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau, bagaimanapun berkata kadar gaji menteri di Malaysia adalah relatif rendah jika dibandingkan dengan tanggungjawab yang dipikul, namun kadar itu masih munasabah selagi prestasi kerja berada pada tahap baik.

Anwar menegaskan bahawa keutamaan ketika ini ialah memastikan barisan menteri melaksanakan tugas dengan baik demi kepentingan rakyat, berbanding soal pemotongan gaji.

“Gaji kita secara relatifnya memang rendah berbanding gaji menteri. Namun yang lebih penting ialah mereka melaksanakan tugas dengan baik. Seperti saya, saya tidak mempunyai masalah untuk tidak mengambil gaji, tetapi gaji tersebut adalah hak mereka selagi mereka menjalankan tugas dengan baik. Saya berpendapat kadar itu munasabah.

“Bagaimanapun, tidak ada halangan (pemotongan gaji menteri) kalau keadaan ekonomi ini lebih meruncing perkara itu akan difikirkan,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meneliti cadangan pemotongan gaji menteri seperti yang dilaksanakan di Indonesia.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada 1.17 tengah hari disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, sebelum beliau bersama lebih 1,000 jemaah terdiri daripada anggota JBPM serta masyarakat setempat menunaikan solat Jumaat. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Bakal jemaah haji warga SPRM perlu tekankan nilai kesabaran, integriti
Next: Ribut petir, hujan lebat hampir semua negeri hingga 6.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.