Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JCI Mandarin Sibu, JCI Youth MPI anjur majlis angkat sumpah jawatankuasa 2026 
  • Tengah
  • WILAYAH

JCI Mandarin Sibu, JCI Youth MPI anjur majlis angkat sumpah jawatankuasa 2026 

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAJLIS ANGKAT SUMPAH…Majlis angkat sumpah jawatankuasa 2026 JCI Mandarin Sibu dan JCI Youth MPI pada Sabtu ini.

SIBU: Junior Chamber International (JCI) Mandarin Sibu bersama cawangannya, JCI Youth MPI akan menganjurkan majlis angkat sumpah jawatankuasa 2026 di Restoran Hai Bing pada Sabtu ini.

Majlis tersebut merupakan detik penting bagi kedua-dua organisasi dalam menandakan peralihan rasmi kepimpinan kepada barisan ahli lembaga pengarah yang baharu.

Menurut kenyataan penganjur, majlis itu akan menyaksikan upacara angkat sumpah serta penyerahan jawatan kepada kepimpinan baharu bagi tahun 2026.

Pada majlis berkenaan, Pengerusi JCI Mandarin Sibu 2025 Alexander Ling akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Simon Tiong sebagai pengerusi baharu tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi JCI Youth MPI 2025 Calvin Wong akan menyerahkan jawatan kepada Karlfedth Ling sebagai pengerusi tahun ini untuk menerajui organisasi tersebut ke arah fasa pembangunan baharu.

Pihak penganjur menyatakan bahawa majlis itu bukan sahaja acara rasmi organisasi, malah menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan antara ahli, alumni serta masyarakat.

“Majlis ini turut menonjolkan semangat kepimpinan belia dan memperkukuhkan perpaduan dalam organisasi,” menurut kenyataan itu.

JCI Mandarin Sibu dan JCI Youth MPI akan terus komited dalam melahirkan pemimpin muda serta membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Orang ramai yang berminat untuk menghadiri majlis makan malam tersebut boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi pengerusi penganjur Jeffery Tiong di talian 011-10599871 atau pengarah tiket Calvin Wong 010-8475417.

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan kepada Pengerusi JCI Mandarin Sibu 2026 Simon Tiong di talian 016-8556652.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Kota Samarahan jalankan Op Vape, tiada kesalahan dikesan
Next: Masjid Daerah Kecil Debak kini dinamakan Masjid Al-Azim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.