Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyanyi rap D4vd ditahan berkaitan kes pembunuhan remaja
  • GLOBAL

Penyanyi rap D4vd ditahan berkaitan kes pembunuhan remaja

Utusan Sarawak 6 hours ago
D4VD, 21 tahun telah ditahan untuk membantu kes siasatan kematian seorang remaja perempuan berumur 15 tahun, Celeste Rivas.

LOS ANGELES: Bintang rap yang semakin meningkat naik, D4vd, telah ditahan berkaitan kes pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya dikerat dan ditemui dalam but sebuah kereta yang didaftarkan atas nama artis berkenaan, kata pihak Polis Los Angeles, hari ini.

Pihak polis telah menahan penyanyi berusia 21 tahun itu, yang nama sebenarnya David Burke, atas kes pembunuhan Celeste Rivas. Burke kini ditahan tanpa jaminan, menurut kenyataan pihak polis.

Sehari sebelum hari lahirnya yang ke-15, pihak polis menemui mayat Rivas yang dalam keadaan reput teruk dalam but sebuah kereta Tesla yang telah disita pada September lalu.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu di sebuah depoh tunda di Hollywood oleh pekerja dan jiran yang mengadu tentang bau busuk.

Setakat ini, tiada pertuduhan dikenakan terhadap penyanyi rap itu. Namun, pihak pendakwa raya tempatan memaklumkan bahawa mereka akan menyemak kes tersebut dan dijangka mengeluarkan perkembangan pada hari Isnin.

Rivas dilaporkan hilang ketika berusia 13 tahun di Riverside County, yang terletak di tenggara Los Angeles.

Selepas bedah siasat, Pejabat Pemeriksa Perubatan menyatakan bahawa mangsa didapati telah berada di kenderaan itu dalam tempoh yang panjang sebelum ditemui.

Penyiasat Jabatan Polis Los Angeles berkata kereta Tesla itu telah diparkir di kawasan elit Hollywood Hills selama hampir sebulan sebelum ditunda.

Bintang muda itu mula meraih populariti di internet pada tahun 2022 apabila lagu Romantic Homicide menjadi tular di TikTok. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kumpulan pertama 341 jemaah haji Thailand berlepas ke tanah suci sabtu
Next: Lebih 4,500 banduan terima pengampunan di Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.