Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Keputusan akhir kes pendakwaan Ebit Lew diketahui 30 April ini
  • MAHKAMAH

Keputusan akhir kes pendakwaan Ebit Lew diketahui 30 April ini

Utusan Sarawak 10 hours ago
MAHKAMAH tetapkan 30 April keputusan kes gangguan seksual libatkan Ebit Lew.

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret Tenom menetapkan 30 April ini bagi keputusan kes pendakwaan melibatkan pendakwah Ebit Irawan Lew atau Ebit Lew yang berdepan 11 pertuduhan melibatkan gangguan seksual.

Perkara itu disahkan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Ebit Lew dalam perbicaraan yang dijalankan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani sejak September 2022 dengan 18 saksi pendakwaan memberi keterangan.

“Disahkan pada 30 April ini,” katanya dalam mesej ringkas kepada Bernama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab manakala Ebit Lew diwakili Ram Singh serta peguam Kamarudin Mohmad Chinki dan Prabjit Singh Gill.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan melakukan gangguan seksual termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes Zara Qairina: Lebih 70GB data diekstrak, perbualan WhatsApp cecah 90,000 muka surat
Next: Enam pakar bakal dipanggil oleh peguam ibu Zara Qairina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.