Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Diskaun sewa 50 peratus bantu peniaga, kerajaan pantau impak kenaikan harga diesel
  • TEMPATAN

Diskaun sewa 50 peratus bantu peniaga, kerajaan pantau impak kenaikan harga diesel

Utusan Sarawak 7 hours ago
 PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg krtika sidang media Pemberian Bantuan Khas 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Peniaga dan penjaja di Sarawak bakal menikmati diskaun sebanyak 50 peratus ke atas sewaan premis milik kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengurangkan kos operasi.

Demikian antara bantuan yang diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Menurut beliau, diskaun tersebut melibatkan sewaan pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan serta premis perniagaan milik badan berkanun negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA)

Inisiatif itu melibatkan implikasi kewangan sekitar RM8.1 juta.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan peniaga mempunyai simpanan mencukupi dan tidak terjejas dengan peningkatan kos semasa.

“Dengan pengurangan sewa ini, sekurang-kurangnya mereka ada simpanan dan kos operasi tidak terlalu tertekan,” katanya.

Mengulas mengenai kesan kenaikan harga diesel, beliau berkata kerajaan negeri sedang memantau sektor yang berpotensi terjejas khususnya dalam industri pembinaan dan logistik.

Menurutnya, kontraktor yang bergantung kepada penggunaan kenderaan diesel seperti lori mungkin menghadapi tekanan kos berikutan kenaikan harga bahan api tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini kerajaan belum menerima data menyeluruh mengenai tahap impak tersebut, namun bersedia mempertimbangkan bantuan tambahan sekiranya diperlukan.

“Kita akan berhubung dengan persatuan perniagaan seperti dewan perniagaan untuk mendapatkan maklum balas, dan jika ada keperluan, kita sedia mempertimbangkan bantuan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri memberi keutamaan memastikan keperluan asas rakyat terus terjamin, termasuk bekalan makanan dan barangan dapur harian.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM89,000 atasi isu tekanan air di SK Satria Jaya BDC
Next: SKAS naik, diskaun elektrik bantu hampir 900,000 rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.