9 maut akibat cacar monyet di Sindh, Pakistan ketika kes meningkat kepada 25

Facebook
WhatsApp

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut akibat cacar monyet di wilayah Sindh, selatan Pakistan, dengan 25 kes disahkan setakat tahun ini, menurut jabatan kesihatan wilayah itu pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut angka rasmi, sebanyak 122 kes disyaki telah dilaporkan, menunjukkan penularan berterusan virus itu di beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan berkata daerah Khairpur kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan 18 kes disahkan, diikuti Sukkur dengan tiga kes dan Karachi dengan empat kes.

Pegawai berkata situasi itu sedang dipantau rapi sambil menggesa orang ramai mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami simptom serta mematuhi langkah berjaga-jaga bagi mengehadkan penularan. – Bernama-Xinhua

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut

Bina integriti dari rumah, perkukuh di sekolah

KUCHING: Pembudayaan integriti perlu bermula dari rumah sebelum diperkukuh melalui pendidikan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat, kata Premier Sarawak,