Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petani disaran adaptasi teknologi digital
  • TEMPATAN

Petani disaran adaptasi teknologi digital

Utusan Sarawak 4 years ago
MENTERI Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn merasmikan Jambatan Sungai Betung.

KUCHING: Para petani di Sarawak disarankan untuk mengadaptasikan penggunaan teknologi digital dalam mempromosikan hasil pertanian mereka.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, petani merupakan antara golongan yang tidak terkecuali dalam menerima impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan susulan penularan wabak Covid-19.

Berikutan dengan itu, Wee Inn menyarankan para petani untuk menggunakan media sosial sebagai salah satu platform untuk mempromosikan hasil pertanian mereka tanpa menggunakan orang tengah.

“Inisiatif tersebut adalah selaras dengan dasar Kerajaan Sarawak yang menyasarkan Sarawak menjadi antara pengeluar produk makanan utama menjelang tahun 2030,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu juga turut merasmikan Jambatan Sungai Betung yang merupakan laluan utama penduduk Kampung Ampungan dan Kampung Sebangkui untuk ke bandar Serian.

Aktiviti perasmian jambatan tersebut dilakukan oleh Wee Inn selepas Majlis Pengangguhan Program Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP) di Kampung Ampungan semalam.

Menurut Wee Inn, kos pembinaan jambatan sepanjang 17 meter tersebut menggunakan dana sebanyak RM250,000.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada ketua kaum bagi enam kampung yang mewakili para penerima di kampung tersebut.

Antara ketua kaum yang terlibat ialah dari Kampung Ampungan, Kampung Sebangkui, KampungTanah Puteh, Kampung Sebemban, Kampung Munggu Kopi dan Kampung Rayang.

Dalam pada itu juga seramai 16 penerima telah menerima cek projek kecil luar bandar (MRP) tahun 2020 dengan jumlah keseluruhan RM 200,000.

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan program manfaatkan penduduk
Next: Kenaikan harga bawang merah risaukan peniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.