Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan rakyat jadi kekuatan Sarawak depani cabaran global
  • TEMPATAN

Perpaduan rakyat jadi kekuatan Sarawak depani cabaran global

Utusan Sarawak 11 hours ago
RASMI… Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus memainkan gitar gambus sebagai simbolik perasmian Jom Berjarah Hari Raya di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini.

BEKENU: Sarawak terus menjadi contoh keharmonian masyarakat berbilang kaum di tengah cabaran dunia yang semakin kompleks dan berdepan pelbagai konflik.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata kepelbagaian kaum di negeri ini bukan satu kelemahan, sebaliknya merupakan kekuatan yang telah sekian lama dipelihara.

“Semangat saling menghormati, memahami budaya antara satu sama lain serta amalan kunjung-mengunjung semasa perayaan seperti Hari Raya menjadi asas kepada perpaduan yang dinikmati rakyat Sarawak hari ini.

“Nilai-nilai ini perlu terus dipertahankan agar keharmonian yang kita kecapi tidak terjejas,” katanya pada Jom Berjarah Hari Raya di Dewan Masyarakat Bekenu di sini, hari ini.

RASMI… Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus memainkan gitar gambus sebagai simbolik perasmian Jom Berjarah Hari Raya di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini.

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu turut menyentuh mengenai cabaran ekonomi global termasuk ketidaktentuan harga minyak dan sumber tenaga yang memberi kesan kepada banyak negara dari segi kos kehidupan dan pembangunan ekonomi.

“Walaupun berdepan situasi tersebut, Sarawak disifatkan bertuah kerana memiliki sumber semula jadi yang kaya seperti minyak dan gas.

“Namun, pengurusan sumber secara berkesan amat penting bagi memastikan manfaatnya dapat disalurkan kepada rakyat melalui pembangunan infrastruktur, pendidikan serta peluang pekerjaan,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan Sarawak, kekal komited untuk menggunakan hasil negeri bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di samping membangunkan kawasan luar bandar secara berterusan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat dan ahli Rukun Tetangga yang memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan perpaduan terus terpelihara di peringkat akar umbi.

“Usaha berterusan semua pihak inilah yang memastikan masyarakat kita hidup dalam suasana aman dan harmoni,” ujarnya.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Semangat kerjasama, kekuatan tangani segala cabaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.