Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Green AI bakal ubah landskap teknologi, Sarawak persiap generasi masa depan
  • TEKNOLOGI

Green AI bakal ubah landskap teknologi, Sarawak persiap generasi masa depan

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menangguhkan Forum Ekonomi DUN Lingga, di Dewan Suarah Sri Aman hari ini. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Pusat data konvensional mungkin hanya tinggal sejarah dalam beberapa tahun lagi apabila teknologi baharu dikenali sebagai Green Artificial Intelligence (AI) dijangka mengambil alih landskap digital global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, unjuran itu bersandarkan kepada dapatan Universiti Harvard yang melihat perubahan besar bakal berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus mengubah cara dunia mengurus data, tenaga dan teknologi.

Beliau menegaskan, gelombang transformasi ini bukan sekadar soal teknologi, tetapi juga soal kesiapsiagaan generasi muda untuk berada di barisan hadapan dalam era baharu yang lebih lestari dan pintar.

Katanya, anak muda Sarawak perlu berani meneroka bidang berkaitan kecerdasan buatan dan inovasi hijau agar negeri ini tidak ketinggalan dalam perlumbaan global yang semakin pantas.

“Saya berkongsi perkara ini kerana usia saya semakin meningkat. Legasi ini saya tinggalkan kepada generasi muda supaya anda menerokai bidang ini dan mencorakkan masa depan sendiri,” katanya ketika menangguhkan Forum Ekonomi DUN Lingga, di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Dalam masa sama, Abang Johari memaklumkan kerajaan negeri kini menyediakan sebanyak 64 program di institusi pengajian tinggi bagi membuka lebih banyak laluan kepada anak muda mendalami bidang teknologi, sekali gus melahirkan tenaga mahir yang diperlukan industri masa depan.

Langkah itu dilihat selari dengan usaha besar Sarawak untuk membina ekosistem ekonomi berasaskan pengetahuan, inovasi dan teknologi hijau yang lebih mampan.

Abang Johari turut menekankan bahawa pendidikan kekal sebagai kunci utama untuk keluar daripada belenggu kemiskinan, selain menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup rakyat secara menyeluruh.

Justeru, katanya, pelaksanaan pendidikan percuma oleh kerajaan negeri bertujuan memastikan tiada anak Sarawak tercicir daripada mendapatkan akses kepada ilmu berkualiti hanya kerana kekangan kewangan.

“Ini adalah satu-satunya cara untuk membanteras kemiskinan. Kita perlu ubah minda. Jika lebih ramai anak kita cemerlang dalam bidang sains, ekonomi negeri juga akan berkembang dengan lebih pesat,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Hospital Sibu miliki Pengimejan Resonans Magnetik jantung hampir tanpa penggunaan helium, pertama di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.