Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • BDR tidak sesuai untuk semua sektor 
  • SEMASA

BDR tidak sesuai untuk semua sektor 

Utusan Sarawak 15 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam ditemui pemberita selepas Majlis Lan Berambeh Ringgo Rayo Aidilfitri Urang Debak 2026 di Dewan Serbaguna Akademi Kastam, Kuching hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) tidak sesuai dilaksanakan secara menyeluruh, sebaliknya perlu disesuaikan mengikut keperluan dan sifat sesuatu sektor.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kaedah itu lebih relevan bagi sektor pentadbiran serta bidang berkaitan pendigitalan.

Menurutnya, pengalaman ketika pandemik COVID-19 pada 2020 hingga 2021 membuktikan pelaksanaan BDR mampu dilaksanakan dengan berkesan dalam keadaan tertentu.

“Namun, ia tidak sesuai untuk semua sektor terutama yang memerlukan kehadiran fizikal seperti pengendalian mesin atau tugasan bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Lan Berambeh Ringgo Rayo Aidilfitri Urang Debak 2026 di Dewan Serbaguna Akademi Kastam, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan BDR juga perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi termasuk langkah penjimatan serta penyesuaian operasi oleh pihak kerajaan.

“Untuk bidang-bidang yang sesuai dilihat oleh kerajaan, saya rasa boleh diteruskan,” katanya.

Mengulas sektor pendidikan, beliau berpandangan pembelajaran secara dalam talian lebih sesuai dilaksanakan di peringkat universiti.

Namun katanya, bagi peringkat tadika dan sekolah, pendekatan tersebut perlu diteliti dengan lebih mendalam, khususnya melibatkan tahap fokus pelajar serta kaedah pengajaran guru.

Dalam perkembangan berkaitan, majlis berkenaan dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti Debak yang berhijrah ke kawasan lain.

Majlis itu turut menghimpunkan anak Saribas dari pelbagai kawasan termasuk Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu, Miri dan Lawas sekali gus memeriahkan edisi ketiga penganjurannya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia masuki fasa monsun peralihan, ribut petir dijangka landa beberapa kawasan termasuk pedalaman Sarawak
Next: Petani rugi RM20,000 tanaman rosak akibat cuaca panas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.