Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Taktik sorok diesel dalam tong plastik terbongkar, seorang lelaki ditahan KPDN Miri
  • JENAYAH

Taktik sorok diesel dalam tong plastik terbongkar, seorang lelaki ditahan KPDN Miri

Utusan Sarawak 16 hours ago
DIRAMPAS…Tangki kanvas serta beberapa tong plastik yang dipercayai telah diubah suai bagi menyimpan diesel dirampas untuk tindakan lanjut.

MIRI: Taktik seorang individu menyimpan minyak diesel dalam tangki kanvas dan tong plastik terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri, semalam.

Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa mengesan sebuah kenderaan persendirian dalam keadaan mencurigakan sedang mengisi bahan api sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

Hasil pemeriksaan menemui tangki kanvas serta beberapa tong plastik yang dipercayai telah diubah suai bagi menyimpan diesel.

“Sebanyak 300 liter diesel berjaya dirampas dengan nilai dianggarkan RM645.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk barangan lain dianggarkan kira-kira RM26,995,” menurut kenyataan yang dikeluarkan KPDN Cawangan Miri, hari ini.

Susulan itu, pemilik kenderaan berkenaan ditahan manakala kenderaan terbabit turut disita bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 21 akta sama.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan berulang boleh dikenakan denda sehingga RM3 juta atau penjara lima tahun.

KPDN menegaskan penjualan bahan api ke dalam bekas selain tangki asal kenderaan melebihi 20 liter tanpa permit adalah satu kesalahan serius dan tindakan tegas akan diambil.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyelewengan barang kawalan diminta menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi yang disediakan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas terhadap pengambilan sampel flora dan fauna tanpa izin
Next: Dua lelaki disyaki ‘Ah Long’ ditahan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.