Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Syarikat penerbangan AirBorneo bakal miliki tiga pesawat Boeing Julai ini
  • SEMASA

Syarikat penerbangan AirBorneo bakal miliki tiga pesawat Boeing Julai ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
MODEN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninjau perumahaan RMM Ranggau Valley.

LIMBANG: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo bakal mempunyai tiga pesawat besar jenis Boeing Julai ini untuk menghubungkan Kuala Lumpur, Singapura, Kota Kinabalu dan Jakarta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahawa Sarawak sedang memanjangkan landasan Lapangan Terbang Limbang bagi membolehkan pesawat jenis Boeing yang dikendalikan oleh AirBorneo mendarat dengan lebih mudah.

“Kita menjangkakan selepas Julai ini kita akan mempunyai tiga pesawat Boeing yang akan kita hubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura,Kota Kinabalu  dan jakarta.

“Apa yang penting, perjalanan dari Kuching ke Jakarta hanya mengambil masa kira-kira satu jam 20 minit, sekali gus merancakkan sektor pelancongan perubatan di Sarawak,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke IAC Limbang dan Rumah Mampu Milik (RMM) Ranggau Valley hari ini.

KESELESAAN RAKYAT… (depan dari kiri) Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kenamaan lain memotong reben perasmian RMM Ranggau Valley.

Turut sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah,  Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan tetamu kenamaan lain.

Menurutnya, AirBorneo menjadi pemangkin besar dalam industri pelancongan perubatan terutamanya dengan tambahan beberapa hospital baharu di Sarawak iaitu di Batu Lintang dan Tabuan Jaya.

Jelas beliau, terdapat peningkatan dari segi jumlah pesakit yang datang ke Kuching terutamanya dari Indonesia untuk mendapatkan rawatan di Kuching terutama bagi penyakit sakit lutut.

“Saya percaya dengan keseluruhan pakej ini, orang ramai akan datang ke Sarawak untuk mendapatkan rawatan, lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri.

“Kemudian, kita boleh membawa pesakit dari Indonesia dan kawasan lain untuk mendapatkan rawatan di Sarawak,” ujarnya.

Selain itu, Limbang dan Lawas mempunyai Projek Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) yang canggih dan moden.

“Limbang dan Lawas mempunyai pejabat pentadbiran yang canggih, ini mengambarkan pembangunan disini bukan saja rendah karbon malah menggabungkan warisan dan moden,” ujarnya.

MODEN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninjau perumahaan RMM Ranggau Valley.

Sementara itu, Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Ranggau Valley yang dibina berjaya  mengatasi masalah rumah terbengkalai sebelum ini mengikut model perumahan Sarawak .

“Melalui IAC, RMM Ranggau Valley ini kawasan lembah Rangau berjaya dibangunkan dengan kawasan komersil termasuk hotel, bangunan komersil, di antara Limbang lama dan Limbang baru.

“Pelan Induk Tempatan ini akan dihubungkan terus ke bandar Limbang, dan ini satu pendekatan ke arah rendah karbon dan Limbang bertuah kerana masih banyak kawasan hijau,” katanya lagi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia antara 17 negara “megadiverse” – Arthur
Next: Polis tempatkan segera anggota awasi 80 stesen minyak sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.