Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kestabilan politik Sarawak pacu pembangunan luar bandar
  • WILAYAH

Kestabilan politik Sarawak pacu pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 13 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1447H/2026M anjuran JKKK Tanjung Hilir Saratok yang berlangsung dengan penuh meriah, malam tadi. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Kestabilan politik yang kukuh di bawah kepimpinan bijaksana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjadi kunci utama kepada kelancaran agenda pembangunan di seluruh negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa keharmonian pentadbiran sedia ada membolehkan kerajaan Sarawak memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menaik taraf kualiti hidup rakyat melalui pelbagai projek berimpak tinggi.

​Menurut beliau, apabila pendapatan Sarawak menunjukkan peningkatan yang konsisten setiap tahun, hasil tersebut dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk infrastruktur yang lebih moden dan sistematik.

​Beliau memberi contoh keberhasilan projek ikonik seperti Jambatan Krian di Kampung Kaba yang kini telah siap sepenuhnya dan mula dirasai manfaatnya oleh penduduk setempat dalam urusan harian serta ekonomi.

​”Nikmat pembangunan seperti ini tidak datang secara bergolek, sebaliknya ia adalah hasil daripada perancangan teliti dan kestabilan kerajaan yang membolehkan projek-projek besar disiapkan dengan jayanya demi kepentingan rakyat Sarawak,” katanya.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1447H/2026M anjuran JKKK Tanjung Hilir Saratok yang berlangsung dengan penuh meriah, malam tadi. Foto ADUN Kalaka

​Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1447H/2026M anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Hilir Saratok yang berlangsung dengan penuh meriah, malam tadi.

​Dalam majlis tersebut, Mohamad Duri turut mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai pelbagai projek pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dalam Daerah Saratok.

​Jelasnya, setiap projek yang dirancang bertujuan untuk memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan daripada arus kemodenan, selari dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

​Selain perkongsian informasi pembangunan, majlis tersebut turut diserikan dengan acara penyampaian hadiah bagi program cabutan bertuah yang disempurnakan sendiri oleh Mohamad Duri sebagai tanda penghargaan kepada tetamu hadir.

​Malam tersebut juga menjadi detik istimewa bagi penduduk setempat apabila pihak penganjur meraikan kejayaan Kampung Tanjung Hilir yang berjaya mempertahankan gelaran juara pada Pertandingan Pintu Gerbang DUN Kalaka buat dua tahun berturut-turut.

​Mohamad Duri merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menzahirkan kreativiti melalui reka bentuk serta pencahayaan memukau pada pintu gerbang tersebut sehingga memenangi tempat pertama.

​Beliau turut memuji semangat kerjasama erat dan perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa serta seluruh warga Kampung Tanjung Hilir dalam menjayakan sambutan Aidilfitri yang penuh harmoni itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelantikan Ahli Parlimen PBB sebagai ketua cawangan perkukuh kekuatan GPS
Next: Burung kenyalang, sasaran kegiatan haram di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.