Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PPM rampas 7,000 liter diesel, tahan juragan warga asing di Bintulu
  • JENAYAH

PPM rampas 7,000 liter diesel, tahan juragan warga asing di Bintulu

Utusan Sarawak 14 hours ago
MINYAK diesel yang disimpan di dalam ruang kotak penyimpanan ikan pada kapal yang diperiksa PPM Wilayah Lima, dipercayai cuba diseleweng dalam operasi di perairan Sungai Kampung Sinong, Bintulu.

BINTULU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak menahan seorang juragan kapal ikan warga asing serta merampas kira-kira 7,000 liter minyak diesel yang disyaki cuba diseleweng dalam satu operasi di perairan Sungai Kampung Sinong di sini, baru-baru ini.

Komander PPM Wilayah Lima Sarawak, ACP Ab Rahman Mat Hasan berkata, tangkapan itu dilakukan kira-kira 7.15 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Botronda PSC 56 yang sedang menjalankan Op Taring Pensura di bawah Op Tiris.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kapal ikan terbabit menyimpan minyak diesel berkenaan di dalam kotak penyimpanan ikan dan dipercayai untuk tujuan penyelewengan.

KEADAAN kapal ikan yang diperiksa Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima dalam operasi di perairan Sungai Kampung Sinong, Bintulu, Rabu lepas.

“Juragan kapal ikan berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen, permit atau surat kebenaran bertulis daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung pemilikan barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen vesel.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM167,000 dan kes telah diserahkan kepada KPDN Bintulu untuk tindakan lanjut.

Katanya, mana-mana individu yang didapati bersalah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM2 juta atau kedua-duanya sekali.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 41 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Imigresen di 16 lokasi sekitar Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.