Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 1,100 penduduk terpaksa berpindah, 215 rumah rosak dalam gempa bumi di Flores Timur
  • GLOBAL

Lebih 1,100 penduduk terpaksa berpindah, 215 rumah rosak dalam gempa bumi di Flores Timur

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEORANG penduduk membersihkan serpihan dari dinding rumahnya yang rosak selepas gempa bumi cetek berukuran 4.9 magnitud di Adonara, Nusa Tenggara Timur pada 9 April 2026, yang merosakkan puluhan rumah dan mencederakan beberapa orang, menurut seorang pegawai. Foto AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 215 rumah rosak dan lebih 1,100 penduduk terpaksa berpindah di Kabupaten Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, Indonesia susulan gempa bumi bermagnitud 4.7 awal minggu ini.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari berkata berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) setakat 5.00 petang waktu tempatan pada Khamis, lima kampung terjejas.

Beliau berkata kampung terlibat ialah Terong, Lamahala Jaya, Dawataa dan Karing Lamalouk di Kecamatan Adonara Timur di Pulau Adonara, serta Kampung Motonwutun di Kecamatan Solor Timur.

SEORANG penduduk membersihkan serpihan dari dinding rumahnya yang rosak selepas gempa bumi cetek berukuran 4.9 magnitud di Adonara, Nusa Tenggara Timur pada 9 April 2026, yang merosakkan puluhan rumah dan mencederakan beberapa orang, menurut seorang pegawai. Foto AFP

“Sebanyak 215 unit rumah di lima kampung itu mengalami kerosakan dengan tahap berbeza-beza.

“Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 1,100 penduduk terdiri daripada 670 orang di Kampung Terong dan 430 orang di Kampung Lamahala Jaya berpindah sendiri ke rumah saudara-mara serta mendirikan khemah di lokasi lebih selamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Gempa bumi bermagnitud 4.7 itu melanda kabupaten berkenaan pada 11.12 malam waktu tempatan pada 8 April, menurut BPBD.

Abdul Muhari berkata BPBD terus melaksanakan usaha tindak balas kecemasan bencana.

“Sejak petang tadi, anggota BPBD berada di Pulau Adonara dan telah menggerakkan bantuan logistik serta peralatan dari Bandar Larantuka ke Pulau Adonara untuk diagihkan kepada penduduk terjejas,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Suhu lautan hampir rekod tertinggi pada Mac
Next: Indonesia tingkat operasi pengubahsuaian cuaca di Riau susulan risiko kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.