Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Hazard 3.0 rekod nilai rampasan hampir RM600 juta, 515 individu ditahan – Ketua Polis Negara
  • JENAYAH

Ops Hazard 3.0 rekod nilai rampasan hampir RM600 juta, 515 individu ditahan – Ketua Polis Negara

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (tengah) ketika sidang media mengenai kejayaan Ops Hazard 3.0 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan rampasan dan sitaan bernilai RM582 juta hasil serbuan di 110 lokasi memproses sisa elektronik menerusi Ops Hazard 3.0 di seluruh negara pada Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata dalam operasi bersepadu yang disertai antaranya oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu, sebanyak 515 individu turut ditahan.

Antara barangan yang dirampas ialah sisa elektronik sebanyak 6,378 tan bernilai RM455 juta, produk akhir sebanyak 377 tan bernilai RM7.4 juta, barangan lusuh sebanyak 1,925 tan bernilai RM11.6 juta dan lain-lain rampasan bernilai RM107 juta.

Beliau berkata produk akhir yang diproses daripada sisa elektronik berkenaan juga didapati dijual di pasaran luar negara kerana diproses secara haram di negara ini. 

 “Daripada 110 lokasi serbuan, sebanyak 42 premis didapati berstatus kilang haram, yang menjalankan aktiviti pemprosesan sisa elektronik. Secara keseluruhannya sebanyak 223 kes untuk siasatan telah dibuka.

“Daripada 515 individu berusia antara 16 hingga 70 tahun yang ditahan, 65 daripadanya ialah warga tempatan, manakala bakinya pendatang tanpa izin,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata mereka yang ditahan disiasat antaranya mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Imigresen dan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan. 

Mohd Khalid berkata dalam operasi itu, pihaknya turut membekukan tujuh akaun individu serta syarikat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 berjumlah RM670,000, manakala LHDN pula membuka 24 kertas siasatan.

Beliau berkata rampasan besar dalam operasi berkenaan ialah hasil kerjasama pasukan Multi Agency Task Force yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Task Force di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Peranan utama pasukan petugas ini adalah menjejak, menyita, membeku dan memulihkan aset negara yang diselewengkan.

“Pasukan ini tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti haram yang mengancam keselamatan negara, kesihatan rakyat dan kelestarian alam sekitar,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan dalam Op Dadu, jalankan perjudian dalam talian di Lubok Antu
Next: Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan dipercayai dalang kes samun RM4.4 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.