Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Biopik Jackson serlahkan jenama kekal kukuh meskipun dihimpit dakwaan penderaan
  • HIBURAN

Biopik Jackson serlahkan jenama kekal kukuh meskipun dihimpit dakwaan penderaan

Utusan Sarawak 9 hours ago
FILEM biopik baharu Michael Jackson.

NEW YORK, Amerika Syarikat: Pelancaran filem biopik baharu Michael Jackson, 16 tahun selepas kematiannya, memperlihatkan kekuatan jenama yang terus kekal kukuh walaupun dibayangi dakwaan penderaan seksual kanak-kanak yang masih menghantui ‘Raja Pop’ itu.

Studio filem Lionsgate menyasarkan kutipan global sekitar AS$700 juta bagi filem penuh Michael, yang dijadualkan mengadakan tayangan perdana dunia di Berlin hari ini.

Jumlah itu jauh mengatasi kebanyakan karya dalam genre sama, kecuali Bohemian Rhapsody yang diinspirasikan oleh Freddie Mercury, yang mencatat kutipan AS$910 juta.

Michael merupakan perkembangan terbaharu dalam empayar ekonomi yang terus berkembang atas nama Jackson.

M.J.: The Musical mula dipentaskan di Broadway pada 2022 dan telah dipersembahkan di beberapa negara lain, manakala produksi Michael Jackson ONE oleh Cirque du Soleil telah dipentaskan di Las Vegas sejak 2013.

Mychael Darklighter, seorang peminat dari Australia, berkata beliau telah dua kali menonton muzikal itu dan menyifatkan sambutan penonton sentiasa memberangsangkan.

“Penonton daripada pelbagai peringkat usia sangat teruja setiap kali saya hadir,” katanya.

Tahun lalu, buat kali ke-13 sejak kematiannya pada 2009, Jackson mendahului senarai Forbes bagi selebriti yang telah meninggal dunia dengan pendapatan tertinggi.

Di Spotify pula, beliau mempunyai lebih ramai pendengar bulanan berbanding Beyoncé, Post Malone atau Olivia Dean, tokoh utama dalam muzik pop kontemporari.

Vincent Amen, bekas penasihat Jackson, percaya filem baharu itu akan terus memperkukuh pengaruh tersebut.

“Dengan sokongan peminat, saya percaya mereka berada pada landasan tepat untuk mencapai kejayaan komersial,” katanya. – AFP

Tags: HUBURAN

Continue Reading

Previous: Libang Libu langkah berani Bobby Husaini terokai dunia filem

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.