Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada bukti penglibatan SPRM dalam manipulasi korporat setakat ini – Ketua Polis Negara
  • NASIONAL

Tiada bukti penglibatan SPRM dalam manipulasi korporat setakat ini – Ketua Polis Negara

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETUA Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan setakat ini tiada sebarang bukti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam kegiatan manipulasi korporat, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Beliau berkata sepanjang siasatan dijalankan sehingga sekarang, pihaknya masih belum menemukan   sebarang bukti mengenai penglibatan SPRM dalam kegiatan berkenaan.

“Daripada peringkat awal hari itu hingga hari ini, tidak ada lagi (bukti) penglibatan daripada SPRM. Tetapi, kita akan meneruskan siasatan sebab tadi diarahkan untuk kita meneruskan siasatan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata pihaknya masih perlu merakam keterangan beberapa individu yang berada di dalam dan luar negara dalam siasatan berkenaan.

Beliau berkata tindakan susulan untuk memanggil individu di luar negara berkenaan sedang diusahakan.

“Kita boleh panggil dia, tapi itulah, bila melibatkan negara asing ini, perlukan kerjasama antara G-to-G (kerajaan ke kerajaan) dan juga agensi ke agensi,” jelasnya.

Sebelum ini, Bloomberg pada 12 Februari lepas mendakwa kegiatan manipulasi korporat menyusup masuk ke dalam SPRM dengan pegawai tertinggi agensi itu terlibat dalam skim yang didalangi rangkaian ahli perniagaan bagi mengambil alih syarikat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia akan mohon PBB semak semula terma penugasan pengaman di Lubnan – Mohamad Hasan
Next: Kerajaan pastikan bekalan bahan api, asas mencukupi demi kelangsungan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.