Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM128 juta pacu pembangunan Kampung Sebena sejak 2017
  • Tengah
  • WILAYAH

RM128 juta pacu pembangunan Kampung Sebena sejak 2017

Utusan Sarawak 12 hours ago
UNTUK KENANGAN…Safiee merakam kenangam pada majlis Tamah Tamah Aidilfitri SK Sabena 2026 semalam.

DARO: Pembangunan Kampung Sabena terus menjadi keutamaan sejak 2017 dengan peruntukan kira-kira RM128 juta disalurkan bagi melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi untuk kesejahteraan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, peruntukan tersebut merangkumi pelaksanaan projek pembangunan menyeluruh yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

SUMBANGAN… Dr Safiee menyampaikan sumbangan duit raya kepada murid-murid SK Sabena.

“Sejak 2017 hingga kini, Kampung Sabena telah menerima peruntukan pembangunan berjumlah kira-kira RM128 juta melibatkan pelbagai projek yang memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat,” katanya pada majlis Tamah Tamah Aidilfitri SK Sabena 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, semalam.

Menurutnya, antara projek yang telah dilaksanakan termasuk pembinaan masjid baharu dan naik taraf masjid sedia ada, pembinaan serta naik taraf jalan kampung, pembinaan jeti dan pontoon, jambatan, kemudahan saliran dan pengairan, selain projek pembangunan pertanian dan infrastruktur asas lain.

“Pelaksanaan semua projek tersebut bukan sahaja meningkatkan kemudahan asas, malah membuka peluang ekonomi serta memperbaiki taraf hidup penduduk secara menyeluruh,” ujarnya.

APA KHABAR… Dr Safiee bersalaman sambil bertanya khabar orang ramai pada majlis Tamah Tamah Aidilfitri SK Sabena 2026 semalam.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam memperkasa pembangunan pendidikan anak-anak.

“Peranan PIBG amat penting dalam menyokong usaha pihak sekolah. Kerjasama ini perlu diperkukuh agar kita dapat melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing,” ujarnya lagi.

Beliau memberi jaminan bahawa usaha memperkasa pembangunan di kawasan luar bandar akan terus dipergiatkan selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak bagi memastikan tiada kawasan yang tercicir daripada arus pembangunan.

PERASMIAN…Safiee merasmikan majlis Tamah Tamah Aidilfitri SK Sabena 2026 semalam.

Pada majlis tersebut, Safiee telah menyampaikan sumbangan dana kepada PIBG SK Sabena, PIBG SK Nanga Semah serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sabena dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16,000 bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan dan pembangunan komuniti.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 27 murid SK Sabena sebagai tanda keprihatinan dan galakan kepada pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Turut hadir Guru Besar SK Sabena, Jaraee Jahari, Yang Dipertua PIBG SK Sabena, Siti Hawa Mohamad, Ketua Kaum Kampung Sabena, Affendi Tan, Guru Besar SK Nanga Semah, Mahmud Jahari, serta Guru Besar SK Serdeng, Jagu Sapie.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: TBS hargai pelanggan, perkukuh peranan salur bantuan kepada golongan memerlukan
Next: Sarawak dipacu ke arah pembangunan progresif, inklusif dan mampan di bawah kepimpinan Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.