Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan dimohon pertimbang naikkan subsidi diesel demi kelangsungan operasi bas
  • SEMASA

Kerajaan dimohon pertimbang naikkan subsidi diesel demi kelangsungan operasi bas

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KOTA BHARU: Kerajaan dimohon untuk mempertimbang serta menyegerakan kelulusan kenaikan subsidi diesel bagi pengusaha bas ekspres daripada 6,000 liter kepada 10,000 liter sebulan.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata subsidi sedia ada ketika ini hanya mampu menampung keperluan operasi selama kira-kira 20 hari, manakala selebihnya terpaksa dibeli pada harga pasaran, sekali gus membebankan pengusaha.

Beliau berkata keadaan itu boleh menjejaskan operasi bas ekspres sekiranya berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pengguna.

“Kami berharap kerajaan dapat menyegerakan kelulusan ini kerana jika berterusan, operasi bas ekspres akan terjejas,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri E-Mutiara, di sini, hari ini.

Beliau berkata kadar tambang bas ekspres yang tidak disemak sejak 2008 juga wajar dikaji semula berikutan peningkatan kos operasi yang ditanggung pengusaha. 

Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata pengusaha bas ekspres kini bukan sahaja berdepan kenaikan kos diesel, malah turut berdepan isu bekalan bahan api yang semakin terhad, menyebabkan bas perjalanan jauh perlu berhenti di beberapa stesen minyak berikutan had pengisian yang dikenakan.

Beliau berkata, dalam keadaan tertentu, pemandu terpaksa membeli diesel pada harga semasa kerana kekangan penggunaan kad fleet yang terhad kepada syarikat minyak tertentu, dan situasi ini dijangka bertambah meruncing terutama pada hujung bulan apabila bekalan diesel semakin berkurangan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung naik 50 sen kepada RM6.02 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter.

-Bernama 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan, Sarawak tubuh jawatankuasa khas selaras dasar karbon
Next: Shell Malaysia utamakan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaian runcit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.