Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapan kanak-kanak masih dirawat di HUS, pemantauan rapi pastikan bebas tibi
  • TEMPATAN

Lapan kanak-kanak masih dirawat di HUS, pemantauan rapi pastikan bebas tibi

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri ditemui media selepas menghadiri Majlis Sinergi Kasih Wanita di Kuching, hari ini.

KUCHING: Seramai lapan kanak-kanak masih ditempatkan di Hospital Umum Sarawak bagi menjalani pemeriksaan lanjut berkaitan penyakit tuberkulosis (tibi).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kesemua kanak-kanak berkenaan kini berada di wad kanak-kanak dan memerlukan tempoh pemantauan tertentu bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan tersebut.

Menurutnya, Perintah Sementara hanya akan dikeluarkan selepas semua kanak-kanak terbabit dibenarkan keluar hospital, yang dijangka selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

“Dua kanak-kanak lelaki berusia 15 dan 11 tahun akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, manakala lima kanak-kanak berusia bawah 10 tahun bersama seorang bayi perempuan berusia kira-kira tiga bulan akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

“Enam daripada mereka mempunyai sijil kelahiran, manakala dua lagi masih belum didaftarkan berikutan kekangan kewangan dan pengangkutan yang dihadapi ibu kandung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sinergi Kasih Wanita: Memperkasa Akar Umbi (Sektor Ketiga) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, di sini hari ini.

Tambahnya, pihak berkaitan kini sedang membantu ibu bapa dalam proses pendaftaran sijil kelahiran bagi dua kanak-kanak tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan enam individu dewasa terdiri daripada ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak terbabit turut masih dirawat di wad bagi tujuan pemeriksaan dan pemantauan lanjut.

“Selepas dibenarkan keluar hospital, mereka akan ditempatkan sementara di Anjung Singgah sebelum dipindahkan ke kediaman sewaan mampu milik.

“Bantuan melalui Tabung Bantuan Segera juga akan disalurkan bagi menampung bayaran deposit sewaan,” katanya.

Menurut beliau, cadangan bantuan kewangan tambahan akan dipertimbangkan selepas mereka mempunyai alamat kediaman tetap.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah serikan resepsi perkahwinan anak Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Next: Lebuh raya bertingkat di Sebuyau berpotensi jadi tarikan pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.