Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Semangat juang dan kesukanan memuncak di MSSR 2026
  • SUKAN

Semangat juang dan kesukanan memuncak di MSSR 2026

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENGHARGAAN…Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang menerima cenderamata disampaikan oleh Pengerusi MSSR Zon Baram Hilir, Mering Ajang. Foto : JIKU JUGUONG

MARUDI: Pengerusi Persatuan Guru Besar Zon Baram Hilir, Mering Ajang berkata melalui sukan boleh memupuk disiplin, daya tahan mental yang kental dan semangat kerja berpasukan.

Beliau berharap agar semua alet yang terlibat dalam Kejohanan Olahraga, Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) 2026, Zon Baram Hilir yang diadakan di Mini Stadium Marudi hari ini dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan menunjukkan mutu kesukanan yang tinggi.

Mering berkata, menang atau kalah adalah adat bertanding, namun pengalaman dan semangat juang itulah yang paling berharga.

Menurut beliau, kejohanan ini dianjurkan secara karnival dengan pelbagai pertandingan, termasuk sukan, aktiviti koakademik, dan permainan.

Katanya pada kejohanan olahraga ini, semua pemenang akan mewakili Zon Baram Hilir ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah (MSSRD) yang akan datang.

Seramai 299 atlet daripada 15 sekolah rendah di Zon Baram Hilir menyertai kejohanan ini, yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward Tarang, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil.

Oleh Jiku Jugoung

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 298 atlet sertai Kejohanan Olahraga MSSR Zon Baram Hilir
Next: SUKMA Selangor 2026 dilaksanakan pada skala kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.