Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MOSTI terima maklumat awal objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak
  • SEMASA

MOSTI terima maklumat awal objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR tangkap layar penampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak, dua hari lepas.

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai penampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak, dua hari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, MOSTI memaklumkan setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan tersebut di darat atau perairan.

“Berdasarkan penelitian awal video tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.

“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),” menurut MOSTI.

Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel bpadg@mosti.gov.my.

Baru-baru ini, tular di media sosial kandungan video berdurasi kira-kira 10 saat daripada beberapa warganet yang mendakwa penampakan objek bercahaya dipercayai jatuh dari langit sedang melintasi ruang udara sebelum jatuh ke bumi. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 54 projek bernilai RM3.323 bilion, antara 122 projek keseluruhan Sabah-Sarawak
Next: Usaha perkasa latihan tenaga mahir pembinaan dipertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.