
LAWAS: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas telah menerima laporan daripada pihak Klinik Kesihatan Merapok berhubung kejadian kes sakit (SKT) melibatkan beberapa pelajar.
Susulan laporan tersebut, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas telah segera digerakkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, didapati beberapa mangsa merupakan pelajar dari SMK Merapok berada di klinik bagi mendapatkan rawatan selepas dipercayai mengalami keracunan makanan.
Pihak APM Lawas telah mengambil tindakan segera dengan menghantar tiga mangsa ke Hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum kembali ke PKOD Lawas setelah operasi selesai.
Keadaan terkawal dan semua mangsa berada dalam pemantauan pihak kesihatan.
Setakat ini kes keracunan makanan di sekolah berkenaan masih disiasat pihak bertanggungjawab manakala pelajar yang sakit menerima rawatan di Klinik Kesihatan Merapok dan Hospital Daerah Lawas.
Oleh Adeng Edrus