Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Blok baharu Klinik Kesihatan Semera penuhi keperluan penduduk setempat 
  • Selatan
  • WILAYAH

Blok baharu Klinik Kesihatan Semera penuhi keperluan penduduk setempat 

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO Hanifah Hajar Taib mengunjungi salah satu daripada bilik rawatan yang terdapat di Klinik Kesihatan Semera, Asajaya sambil disertai tetamu jemputan lain serta kakitangan kesihatan.

ASAJAYA: Pembinaan blok baharu Klinik Kesihatan Semera di Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan mampu meningkatkan tahap keselesaan serta memenuhi keperluan 5,000 penduduk setempat.

Kemudahan baharu itu juga berupaya menampung purata kehadiran antara 50 hingga 70 pesakit sehari.

Projek berkenaan dilaksanakan di bawah Projek Klinik Daif tahun lalu, melibatkan keluasan bangunan kira-kira 373 meter persegi.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Veronica Lugah berkata, pembinaan blok baharu itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan kesihatan yang disediakan selaras dengan keperluan komuniti setempat serta mampu beroperasi secara mampan dalam jangka panjang.

Menurut beliau, Klinik Kesihatan Semera menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer secara menyeluruh dan bersepadu, merangkumi rawatan pesakit luar, penjagaan kesihatan ibu dan anak, perkhidmatan kesihatan sekolah, perawatan domisiliari serta paliatif.

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib menurunkan tandatangan pada buku pelawat Klinik Kesihatan Semera, Asajaya sambil disertai tetamu jemputan lain serta kakitangan kesihatan.

Selain itu, katanya, klinik berkenaan turut berperanan sebagai platform penting dalam pelaksanaan aktiviti kesihatan awam serta promosi kesihatan berasaskan komuniti.

“Sebagai sebuah negeri yang luas dengan taburan penduduk yang pelbagai, Sarawak memerlukan pendekatan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang fleksibel dan bersifat kontekstual,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Perasmian Blok Baharu Klinik Kesihatan Semera di sini, yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib.

Tambahnya, pendekatan tersebut membolehkan masalah kesihatan dikenal pasti dan ditangani lebih awal, sekali gus mengoptimumkan hasil kesihatan serta mengurangkan keperluan rawatan yang lebih kompleks dan berintensif sumber.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Ismuni Bohari, serta Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Safiee puji komitmen TBS anjur program berimpak tinggi
Next: APM bawa pelajar keracunan makanan terima rawatan di Hospital Daerah Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.