Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas – MOF
  • NASIONAL

Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas – MOF

Utusan Sarawak 20 hours ago
KEMENTERIAN Kewangan menjelaskan harga minyak pam tidak turun walaupun harga minyak mentah global menurun, kerana harga pam ditentukan berdasarkan purata kos bekalan minggu sebelumnya. Foto X MOF

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan harga minyak di pam tidak turun disebabkan harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan hari ini, meskipun harga minyak mentah global turun.

Menurut infografik yang dimuatnaik di akaun X MOF, kementerian itu berkata bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi dan masih mempengaruhi harga pam.

“Harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans.

“Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar AS$150 setong (petrol) dan AS$250 setong (diesel),” kata MOF menerusi hantaran itu.

Terdahulu, MOF dalam satu kenyataan, memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.

“Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Subsidi diesel: Kerajaan teliti mekanisme MyKad, MyKasih
Next: Aturan kerja fleksibel sektor swasta perlu dilaksana secara tersusun – KESUMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.