MARUDI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, wakil rakyat Orang Ulu akan terus memberi kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi kesinambungan pembangunan di kawasan yang mereka wakili.
Oleh demikian, ujarnya, adalah penting bagi masyarakat Orang Ulu di kawasan luar bandar harus memberi sokongan dan bekerjasama dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan GPS bagi peringkat negeri dan Kerajaan Perikatan Nasional bagi peringkat pusat.
Ketika menghubungi Utusan Sarawak di sini Dennis berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bermula semalam ‘The Budget Sitting Of The Year’ dapat memberi keutamaan pembangunan untuk kawasan masyarakat Orang Ulu di luar bandar.
Menurut Dennis, setiap wakil rakyat yang hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri ini mengharapkan lebih banyak pembangunan dapat dinikmati rakyat di kawasan luar bandar di bawah GPS.
Tegasnya, sudah tentu ada perbezaan antara Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan yang memerintah berbanding kawasan DUN di bawah wakil rakyat parti pembangkang.
“Pelbagai projek bernilai berbilion ringgit masih dalam proses pelaksanaan dan akan dilaksanakan di kawasan di bawah kerajaan GPS,” katanya selepas mengadaKAN acara doa di pejabat Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak yang juga ADUN Mulu, Dato Gerawat Gala sebelum sesi persidangan dewan dimulakan di kompleks DUN di Kuching semalam.
Oleh Jiku Juguong