Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perhebat usaha capai liputan penuh bekalan air
  • TEMPATAN

Sarawak perhebat usaha capai liputan penuh bekalan air

Utusan Sarawak 13 hours ago
MENTERI UTILITI DAN KOMUNIKASI…Dato Sri Julaihi Narawi.

SIBU: Kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada usaha mencapai liputan penuh bekalan air di seluruh negeri menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, antara usaha yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan loji rawatan air baharu, menaik taraf loji sedia ada, pembangunan sistem grid paip serta penggantian paip uzur dengan paip baharu menggunakan dana kerajaan Sarawak.

“Semua projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bersama agensi pelaksana iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Sarawak Water.

“Saya bersama warga MUT dan agensi sentiasa memantau pelaksanaan projek, termasuk kerap turun ke tapak bagi memastikan kelancaran kerja,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.

Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan adalah berlandaskan Pelan Induk Air Sarawak (Sarawak Water Master Plan), Sistem Grid Air Sarawak (Sarawak Water Grid System) serta program Penggantian dan Naik Taraf Paip (Pipe Replacement & Upgrading) di seluruh negeri.

Katanya, setakat ini semua projek berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dengan pemantauan di lapangan dilakukan secara berterusan.

Bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan, jelasnya, lawatan tapak turut melibatkan wakil rakyat tempatan, pegawai kerajaan berkaitan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan terlibat.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap lawat tapak cadangan Pasar Malam Kota Sentosa
Next: 111, 826 pekerja pembinaan bergantung kepada kelangsungan projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.