Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ziarah Prihatin, ADUN Kabong santuni penduduk Kampung Nyabor dan Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Ziarah Prihatin, ADUN Kabong santuni penduduk Kampung Nyabor dan Kabong

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin telah mengadakan kunjungan ziarah ke Kampung Nyabor bagi menyantuni beberapa keluarga setempat, kelmarin. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin telah mengadakan kunjungan ziarah ke Kampung Nyabor bagi menyantuni beberapa keluarga setempat dalam usaha mendekati rakyat di kawasan itu.

Menurut beliau, amalan ziarah seperti ini penting dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat, di samping menyampaikan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan.

Dalam kunjungan tersebut, beliau bersama rombongan terlebih dahulu menziarahi seorang penduduk, Abu Samat Jeli yang merupakan bekas penghulu dan kini uzur akibat sakit tua.

Chee Kadir berkata, kehadiran beliau diharap dapat memberi sedikit keceriaan serta semangat kepada Abu Samat Jeli dan ahli keluarga yang menjaganya.

Turut disantuni ialah kakak kepada Abu Samat, Masniah Jeli, yang turut menerima kunjungan mesra daripada beliau dan rombongan dalam suasana penuh kekeluargaan.

Seterusnya, beliau turut menziarahi keluarga Allahyarhamah Nily Saidi dari Kampung Darat Nyabor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 April lalu bersamaan 16 Syawal 1447 Hijrah.

Dalam kesempatan itu, Chee Kadir merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah serta mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kunjungan tersebut diteruskan ke rumah keluarga Allahyarham Idris Mat atau lebih dikenali sebagai Tuah yang telah meninggal dunia pada 5 April lalu di Kampung Wawasan Kabong.

Beliau turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga Allahyarham serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Chee Kadir berkata, ziarah seumpama ini memperlihatkan keprihatinan dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian, khususnya golongan uzur serta keluarga yang sedang berdepan musibah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PDRM santuni bekas anggota terlantar di Sri Aman melalui Program Jerayawara
Next: Keluarga mendiang Joey mahu siasatan telus dan menyeluruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.